6 Fikiran Ini Hanya Akan Merosakkan Hubungan Yang Baru Dibina.

 

Hubungan yang baru sahaja dibina biasanya akan mendatangkan kebahagiaan, tetapi boleh sahaja ia akan mendatangkan kekeliruan ataupun rasa tidak senang hati pada masa yang sama. Biasanya, terdapat beberapa gangguan yang akan menggangu fikiran, tetapi jika anda tidak mampu mengawalnya, ia mungkin akan mendatangkan kesan yang buruk kepada hubungan anda. Berikut adalah enam pemikiran yang merosakkan hubungan.



1. Merasakan bekas kekasih pasangan adalah lebih bagus.

Anda merasakan diri anda tidak setanding dengan bekas kekasihnya. Jangan berfikiran seperti itu. Pasti anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebab itu dia memilih anda sebagai pasangannya. Abaikan sahaja bekas kekasihnya itu dan lakukan yang lebih baik untuk dirinya.

2. Pasangan anda yang sepatutnya membuat anda bahagia.

Jangan membiarkan si dia sahaja yang berusaha keras untuk membahagiakan anda. Anda juga harus mengambil langkah untuk memberi dirinya kebahagiaan. Hubungan memerlukan pergerakkan antara dua orang bukanya hanya seorang. Jika hanya seorang sahaja yang berusaha hubungan tersebut pasti tidak akan kekal lama.

3. Menganggap anda dan pasangan berbeza.

Sebab dirinya berbeza yang membuat anda terpikat akan dirinya. Jika anda dan dirinya mempunyai persamaan pasti akan akan mudah cepat bosan. Perbezaan ini kadang kala mendatangkan kebahagiaan jadi jangan terlalu sibuk untuk mencari persamaan dengannya.

4. Membandingkan hubungan anda dengan yang lain.

Hubungan pasangan lain tidak akan sama dengan hubungan anda. Maka dengan itu, jangan pernah membandingkan hubungan kalian. Cara anda melalui dan menerima pasangan sudah berbeza, mana mungkin hubungan anda dan pasangan lain akan sama.


5. Tidak mempercayai kekasih.

Untuk memastikan hubungan ini berjaya, anda seharusnya meletakkan kepercayaan kepada pasangan anda. Bukannya membina hubungan tanpa dasar percaya. Ia hanya menimbulkan kepelbagaian raguan terhadap pasangan anda. Cuba berfikiran positif okay.

6. Membandingkan hubungan anda dengan hubungan yang lama.

Hubungan yang lalu biarkan ia berlalu, jangan dikenang lagi hubungan itu. Hubungan yang anda lalui kini bukan dengan orang yang sama. Sebab itu gaya dan perasaan anda juga berlainan. Jangan terlalu mengingati hubungan yang lepas, ia tidak membawa kebahagian kepada anda pun.

Apabila melalui hubungan yang baru ini anda seharusnya memikirkan perkara yang positif sahaja mengenai dirinya. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan perkara-perkara yang negatif, kerana ia akan merugikan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen