Terlalu Mencintakan Seseorang Berlebihan Dari Allah SWT? Jom Ketahui 4 Cara Untuk Atasinya.

 

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…..”(Ar Rum : 21)

Allah telah berfirman pada ayat Al-Qur’an di atas dan telah diperjelaskan bahawa ia adalah lumrah seorang lelaki mempunyai rasa cinta terhadap seorang wanita, lalu Allah memerintahkan untuk mereka bernikah supaya dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.



Jadi, cara untuk atasi masalah terlalu mencintakan seseorang secara berlebihan adalah…

1. Menempatkan Allah SWT sebagai cinta tertinggi.

Sebagai manusia yang diberi akal untuk menilai perkara yang buruk dan baik, maka berfikirlah kita jika tiadanya cinta dari Allah untuk dunia ini, pasti tiadanya air, udara, matahari, nikmat untuk bernafas, nikmat untuk bangun daripada tidur dan masih boleh melihat pemandangannya malah tiada segalanya.

Jika kita tempatkan Allah SWT pada cinta yang tertinggi pasti segala urusan tiada kesulitan. Insya Allah.

2. Perlu sedar bahawa manusia adalah makhluk Allah yang tidak sempurna.

Jika kita dilamun cinta pada seseorang pasti kata-kata ini sering diungkapkan “You’re my everything” jadi tukarkan ayat tersebut “Allah is everything” kerana hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna bukannya manusia.

Jika terlalu berharap pada manusia, kita pasti akan dikecewakan kelak. Jadi berharaplah pada Allah SWT.



3. Perlu sedar hakikat kebahagiaan dunia yang sementara.

“Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata” (Al-Jaathiyah: 24)

Ayat di atas menjelaskan bahawa satu saat dunia akan selesai dan manusia akan kembali kepada Allah untuk mempertanggungjawabkan dan mendapatkan balasan di akhirat. Untuk itu, cinta kepada manusia juga tidak akan lama. Ia hanya terbatas kebahagiaan di dunia sahaja.



4. Mengalihkan perasaan pada perkara yang lebih produktif.

Anda perlu fokuskan diri dengan pekerjaan dan perkara yang positif disekeliling anda. Terlalu banyak aktiviti yang produktif anda boleh lakukan seperti bersukan, membaca, atau menonton rancangan yang berilmiah untuk mengalihkan fikiran daripada terlalu memikirkan cinta pada si dia.

Kepada mereka yang ingin menamatkan zaman bujang, jadi ini lah peluang keemasan untuk berebut ilmu tentang kewajiban tanggung jawab suami isteri. Tentu cinta yang halal lebih membahagiakan dan abadi hingga ke syurgaNya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,263 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen