4 Tanda Si Dia Bukan Jodoh Anda Menurut Islam.

 

Tidak semua pasangan yang bercinta akan berakhir hingga ke jinjang pelamin, kerana berpisah. Dan ada juga sebahagian pasangan yang berkenalan dalam masa yang singkat dan dipermudahkan urusan untuk terus bernikah. Semuanya takdir Allah SWT.



Jom ketahui tanda-tanda tersebut…

1. Si dia sembunyikan anda daripada ahli keluarga dan sahabat.

Si dia akan sedaya upaya tidak memperkenalkan diri anda pada ahli keluarga dan sahabat handainya. Jika ditanya tentang ahli keluarga tersebut, pasti si dia akan mengelak dan tidak mahu menceritakan tentang segalanya pada anda. Si dia yang serius pasti tidak kisah menceritakan hal keluarga dan sahabat, kerana mereka tidak sabar untuk memperkenalkan anda pada mereka.

Jika terlalu menyembunyikan sesuatu, pasti ada sesuatu yang buruk mengenai mereka.

2. Keluarga si dia tidak menyukai anda.

Oleh itu keberkatan dan restu daripada ibu bapa adalah penting jika anda dengan si dia mahu bernikah. Jika sejak awal perkenalan anda dengan ahli keluarganya seperti tidak boleh bersatu, malah ibunya juga tidak senang dengan kehadiran anda, fikirlah kembali mengapa mereka berkelakuan begitu. Adakah salah mereka atau salah anda sendiri? Definisi jodoh adalah senang di mata keluarganya malah Allah SWT.



3. Tidak menemukan ketenangan jiwa dan hati dalam hubungan.

Allah SWT telah berfirman;

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa” (Al-Furqan: 74)

Ini kerana menurut Islam, jodoh adalah seseorang yang dapat memberikan ketenangan secara zahir dan batin pada diri kita sendiri. Jodoh juga membuatkan kita berasa nyaman seperti dirumah sendiri, tenang dan bahagia. Jika anda merasakan sebaliknya, mungkin ia bukan jodoh yang tepat bagi anda.



4. Dipersulit dalam segala hal.

Allah SWT telah mengatur setiap jodoh untuk umatnya bermaksud ketika dipertemukan maka segala urusan akan sentiasa di mudahkan. Ini kerana jodoh tersebut telah di restui oleh Allah SWT maka tidak akan dipersulit segala urusannya.

Namun, sebaliknya jika semua urusan anda terasa sulit dan dipersulit dan selalu timbul masalah didalamnya. Maka hal tersebut merupakan pertanda bahwa Allah SWT memberi tahu anda melalui setiap kejadian bahawa ia bukanlah orang yang tepat untuk mendampingi anda.

Oleh itu menurut Islam kita dianjurkan untuk melaksanakan solat Istikharah ketika mengalami kecelaruan. Begitu juga dengan isu jodoh. Jika anda ragu-ragu, maka segerakan solat Istikharah, Insya Allah, Allah SWT akan memberikan petunjuk bagi anda. Apakah ia merupakan jodoh anda atau bukan? Agar tidak kecewa, maka serahkan segalanya kepadaNya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen