Adakah Berdosa Sekiranya Suami Menyakiti Hati Isterinya?

 

Perbalahan antara suami isteri itu akan kerap kali berlaku di dalam rumah tangga. Namun, bagaimana setiap suami isteri ini mengelakkan saling menyakiti antara satu sama lain. Kerap kali yang kita dengar ialah tidak mencium bau syurga seorang isteri itu jika derhaka terhadap suaminya. Tetapi bagaimana pula dengan suami yang menyakiti hati isterinya. Adakah mereka ini bebas melakukan apa sahaja terhadap isterinya?



Mungkin tanpa sedar suami telah menyakiti hati isterinya sama anda melalui perbuatan ataupun pergaduhan sama ada sengaja ataupun tidak. Daripada kejadian itu, ia menyebabkan si isteri mengalirkan air mata serta menangis. Adakah ia akan dikira sebagai dosa kerana menyakiti hati isteri?

Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi

"Dan dengarlah isteri awak dengan baik, maka jika anda tidak menyukainya, maka bersabarlah kerana mungkin anda tidak menyukai sesuatu. Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”


Surah ini ia menjelaskan bagaimana suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.



Di dalam hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri juga ada menyebut,


“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada Allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada Allah SWT, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka.

Jika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah SWT akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”


Dari hadis tersebut boleh dilihat bahawa, perbuatan suami menyakiti si isteri adalah haram.

Maka dengan itu, sebagai suami apabila melakukan sesuatu perbuatan perlulah anda sedar untuk menjaga hati isteri anda agar tidak terluka oleh kerana perbuatan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen