Pentingnya Memilih Bakal Suami Yang Ringan Tulang Serta Mahu Melakukan Kerja Rumah.

 

Masyarakat biasanya dimomokkan dengan kerja rumah merupakan tugas seorang isteri bukannya seorang suami. Sedangkan tugas membersih dan mengemas rumah perlu dikongsi bersama bukan hanya diserahkan dibahu isteri. Oleh sebab itu, pemilihan bakal suami yang mahir serta ringan tulang dalam melakukan kerja rumah adalah penting. Berikut adalah sebab-sebab mengapa pentingnya memilih bakal suami yang mahu melakukan kerja rumah.



1. Membantu meringkan beban anda apabila berkahwin nanti.

Perkara paling utama ialah, apabila berlakunya perkongsian tanggungjawab, maka ia dapat meringkan beban dirumah. Apabila isteri sibuk berkerja dan suami mengambil alih tugas untuk sementara ia akan sangat dihargai isteri. Hal ini kerana, seorang isteri yang sibuk berkerja akan rasa terbeban dan tertekan apabila pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak terurus.

2. Mampu menjaga isteri ketika dalam pantang bersalin.

Apabila isteri sedang sarat mengandung ataupun sedang berpantang selepas bersalin, adalah tugas suaminya untuk menjaga isterinya pula. Hal ini kerana, pada ketika ini isteri perlu mendapatkan rehat yang cukup dan menjaga emosinya dengan baik. Jika isteri masih lagi melakukan kerja rumah ia akan menggangu proses pemulihan si isteri.

3. Dapat menguruskan rumah dan anak-anak apabila isteri tiada.

Seorang isteri tidak akan ada selamanya di rumah, boleh jadi dia akan keluar demi tugasnya. Maka apabila isteri tiada, siapa yang akan menguruskan anak-anak serta suaminya? Pastilah ia perlukan bantuan suami. Dari sini juga, ia dapat menjimatkan kewangan. Hal ini kerana, tidak perlu pergi makan di luar serta tidak perlu bayar lebih kepada pengasuh.


4. Lebih banyak masa terluang bersama.

Apabila tugas rumah cepat selesai, maka suami dan isteri mempunyai banyak masa terluang. Dan masa itu boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan. Bukan itu sahaja, masing-masing juga dapat beristirehat dalam jangka masa yang panjang.

Suami yang mahu membantu isterinya melakukan kerja rumah adalah seorang suami yang diperlukan pada masa kini. Ia bukan hanya dapat meringkan beban isteri malah dapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,308 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen