Sukarnya Bertemu Jodoh Yang Baik Kerana Hati Yang Sering Gelisah.

 

Apabila kita terlalu memikirkan hal jodoh, kita sering hilang fokus sehingga tidak mampu untuk melakukan urusan lain. Setiap hari minda asyik berfikir lelaki yang bagaimana akan menjadi imam, wanita yang bagaimana bakal menjadi ibu kepada anak-anak. Situasi ini telah menunjukkan betapa gelisahnya hati kita.

Apabila hati dan minda terlalu tertumpu pada duniawi dan jodoh, kita seakan-akan terlupa, siapakah yang menentukan takdir hidup ini?



Jom ketahui ciri-ciri seorang hati yang sering gelisah…

1. Memudarnya Keyakinan Kepada Allah SWT.

Iman kita yang lemah menunjukkan betapa pudarnya keyakinan kita kepada Allah SWT. Hati sering gelisah adalah punca iman kita yang semakin melemah dan menjarakkan diri kita daripada Allah SWT. Di dalam hati juga tidak lagi meminta pertolongan daripada-Nya.

2. Ingin menentukan takdir Allah SWT.

Kita menjadi gelisah apabila secara tidak sedar kita pula yang cuba menentukan takdir Allah SWT, padahal ia adalah urusan-Nya yang tidak dapat kita nafikan lagi. Kita bukannya Tuhan untuk menentukan jodoh, ajal dan maut seseorang. Apabila terlalu memikirkan hal-hal begini, sudah tentu ia membuatkan kita berfikir diluar logik dan tiada jawapan.



3. Tidak sabar ketika menjalani ujian Allah SWT.

Apabila kita menjadi tidak sabar apabila menghadapi ujian dan dugaan daripada Allah SWT, pasti ia akan menimbulkan perasaan gelisah, resah dan tidak senang duduk. Baru kena usik tidak mempunyai teman lelaki, sudah mahu melenting. Bagaimana untuk menempuh ujian Allah yang lebih besar?

4. Beranggapan bahawa Allah tidak adil.

Hati menjadi gelisah kerana sering beranggapan bahawa Allah SWT tidak adil. Kita sering memikirkan mengapa orang lain boleh berkahwin dahulu, mempunyai anak dan bahagia? Mengapa kita tidak boleh bahagia seperti mereka? Mengapa kita tidak cantik seperti wanita lain? Mengapa kita tidak sekaya mereka? Terlalu membuat perbandingan sebegini, sudah tentu membuatkan hati kita sering gelisah.



5. Lupa untuk bersyukur kepada Allah SWT.

Tidak bersyukur juga membuatkan hati sering gelisah. Kita tidak bersyukur walaupun dikurniakan rezeki yang sedikit berbanding orang lain kerana kita sentiasa tamak untuk merasakan rezeki yang lebih banyak. Cukuplah apabila anda mempunyai keluarga yang sihat dan pekerjaan walaupun bergaji kecil.

Selain daripada itu hati kita sering gelisah kerana enggan melaksanakan perintah Allah SWT dan sering melanggar larangan Allah SWT. Jika kehidupan seharian kita lupa pada Allah SWT dan tidak berlandaskan Islam, bagaimana Allah mahu membantu kita untuk menjemput jodoh yang baik? Jika dengan semudah itu kita melupakan Allah SWT sebagai Pencipta kita, bagaimana kita mahu menjaga jodoh yang sememangnya amanah daripada Allah SWT?



 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,907 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen