Bagaimana Untuk Mengelakkan Diri Daripada Seseorang Yang Mata Duitan?

 

Istilah materialistik atau mata duitan ini dahulunya sangat sinonim dengan kaum wanita. Namun zaman telah berubah, ada juga sebahagian daripada lelaki yang gila harta dan malas untuk mencari rezeki.

Jom ketahui ciri-ciri manusia yang mata duitan ini…

1. Kebanyakan wanita akan menggoda dengan keseksian tubuh badan mereka, manakala lelaki akan mencairkan hati wanita dengan kata-kata yang manis ibarat madu.



2. Kebanyakan daripada mereka juga bijak membuatkan anda mudah jatuh cinta dengan terlalu cepat, dan anda sendiri juga merasakan “Tak sangka aku cepat jatuh hati pada dia, mungkin dia lah jodoh aku” Hati-hati! Ini kerana golongan sebegini bijak berkata-kata.

3. Mereka tidak akan meminta apa-apa pertolongan pada awal perkenalan, tetapi lama-kelamaan setiap hari ada sahaja alasan untuk menggunakan duit anda.

4.Tidak ada perasaan cemburu dan tidak kisah walaupun dia tahu jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita, ATAUPUN TELAH BERKAHWIN.



5. Dan yang penting, mereka yang mata duitan ini sering mengajak membeli-belah, pergi ke tempat yang mahal, dan restoran yang mahal juga. Jika si dia tiba-tiba menghilangkan diri, pasti mereka telah bertemu dengan ‘jerung’ yang lebih besar.

CARA-CARA UNTUK MENGELAK MENJADI MANGSA KEPADA MEREKA YANG MATA DUITAN.

1. Jangan termakan dengan pujuk rayu.

Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Anda dinasihatkan supaya jangan mudah tersentuh hati atau tewas dalam pujuk rayu mereka yang mata duitan ini. Tegaskan pendirian anda dan keraskan hati.



2. Jangan terlalu bermurah hati.

Berikan beberapa syarat kepada kekasih anda ketika keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada dia dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yang mengajak anda keluar biarkan sahaja mereka mengeluarkan duit untuk belanja, lihat reaksi mereka.

3. Katakan TIDAK.

Jika kekasih anda ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu si dia dan berani katakana TIDAK. Pastinya si dia segan dan berasa malu untuk meminta-minta wang dari anda.



4. Pura-pura tiada duit.

Jika si dia terlalu kerap meminjam duit anda, cuba anda pula berlakon dan berpura-pura tiada duit. Lihat reaksi si dia, terus hilang atau masih stay dengan anda.

5. Putuskan hubungan.

Jika anda sudah tahu sikap mereka yang suka mengikis duit anda, tidak perlu mempertimbangkan hubungan kalian berdua. Putus sahaja dengan mereka. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda di luar sana.



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,364 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen