Dekati Ibu Bapa Pasangan Anda Dengan Cara Yang Mudah, Cepat Dan Berkesan.

 

Apabila anda benar-benar mahukan pasangan anda menjadi teman hidup anda, sudah pasti anda akan tunjukkan segala usaha kepada dirinya agar dia percaya kepada anda. Bukan itu sahaja, anda juga pasti ingin mengambil hati orang tua pasangan anda bukan. Bagaimana anda ingin membuat orang tua pasangan anda itu bersetuju menjadikan anda menantu mereka? Jom ketahuinya.



1. Ketahui dahulu sifat orang tua pasangan anda.

Sebelum anda ingin mendekati diri dengan mereka ini, ambil tahu dahulu sifat mereka ini bagaimana. Sebab tidak semua orang mempunyai sifat yang peramah. Jadi sebelum mengenalinya dengan lebih dekat, cuba untuk lihat dan selidiki sifat mereka ini. Kalau tidak nanti lain pula jadinya dengan niat sebenar anda.

2. Tunjukkan budi bahasa dan tingkah laku yang baik.

Percaya atau tidak, seseorang yang mempunyai budi bahasa yang baik serta tingkah laku yang elok lebih mudah mendapat perhatian daripada mata orang tua. Ia juga menjadi penentu sama ada anda akan diterima dalam keluarganya ataupun tidak.

3. Kenalkan dengan orang tua anda.

Ini adalah cara paling berkesan. Sebabnya kalau ibu bapa anda dan ibu bapa pasangan anda sudah saling berkenalan ia akan membuat ikatan semakin erat. Maka tiada alasan lagi bahawa ibu bapa si dia tidak menyukai anda atau tidak menerima anda.


4. Kerap berkunjung ke rumahnya.

Kerap lah pergi ke rumah ibu bapa pasangan anda untuk melawat serta mengeratkan hubungan kalian. Bukan hanya melawat sahaja, jangan lupa untuk bawa sedikit buah tangan agar mereka lebih senang dengan kehadiran anda. Ala, macam rasuah sikit aje.

5. Cari tahu kesukaan orang tua pasangan anda.

Ambil tahu dari segi makanan, hobi serta perkerjaan mereka. Ambil tahu semua perkara itu agar menjadi topik perbualan anda dengannya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ikut bersama melakukan aktiviti yang disukainya itu bersama-sama dengannya.

Tidak mudah untuk mengambil hati orang tua pasangan anda ini. Tetapi jika kena dengan cara yang betul pasti ia tidak akan mengambil masa yang lama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,886 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen