Bakal Berjumpa Bekas Kekasih Di Reunion, Apa Yang Anda Harus Lakukan?

 

Boleh jadi dia orang pertama yang anda jalinkan hubungan dan cintai. Jika bukan yang pertama pasti banyak kenangan yang anda ciptakan bersama-sama dahulu. Setelah lama anda tidak mendengar berita darinya kini, anda mungkin akan terserempaknya di reunion sekolah dan anda tidak tahu apa yang anda akan lakukan terhadapnya. Ikuti beberapa tips ini.



1. Buat perancangan awal.

Adakah anda fikir perkara apa yang anda perlu katakan apabila melihat dirinya nanti? Perkara seperti ini lah yang anda perlu rancang awal. Anda perlu tahu apa yang akan anda katakan nanti di hadapannya. Barulah anda akan kelihatan lebih tenang dan santai apabila berhadapan dengan dirinya. Ketika berhadapan dengannya, pastikan anda mengikuti seperti yang dirancangkan.

2. Pastikan penampilan anda menarik.

Untuk membuatnya mendekati anda, pastikan anda memiliki penampilan yang menarik pada ketika itu. Pastikan penampilan anda ini tidak akan sama ketika anda baru berpisah dengannya dahulu. Percayalah dia pasti terkejut melihat penampilan anda yang luar biasa. Perubahan penampilan ini juga membuat seseorang bekas kekasih menyesali perpisahan yang lalu.

3. Bertanya khabar secara ringkas.

Keyakinan adalah penting, terutamanya apabila bertemu dengan bekas kekasih. Cuba untuk sedikit sembunyi agar anda tidak bertemu secara sengaja. Walaupun akan ada banyak soalan dalam fikiran anda, lakukan secara ringkas jika anda tidak mempunyai niat untuk kembali bersamanya pada suatu hari nanti.


4. Menghormati diri anda.

Sememangnya banyak kenangan manis ketika anda bersamanya. Malah, ia bukan perkara biasa untuk membuat anda tersenyum apabila anda mengingatinya. Tetapi, sudah tiba masanya untuk anda menghormati diri anda dan ingat bahawa anda berasa lebih gembira apabila anda tidak bersamanya pada masa ini.

5. Jual mahal.

Jangan terlalu mudah untuk meneruskan perbualan dengan dirinya. Tunjukkan sedikit harga diri anda. Jangan membiarkan dirinya berfikir bahawa anda masih lagi menyukai dan mempunyai hari terhadap dirinya. Tinggalkan dirinya selepas anda selesai bertegur sapa.

Anda boleh melakukan perkara ini sekiranya anda dan dirinya masih lagi belum mempunyai pasangan. Tetapi sekiranya sudah anda, adalah lebih elok menghormati pasangan masing-masing dan tidak perlu ah untuk saling bertegur.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,636 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen