Ingin Menjadi Teman Lelaki Yang Romantik? Lakukan 10 Perkara Ini.

 

Menjadi seorang yang romantik anda perlu ikhlas dan lebih bersikap semula jadi anda. Anda mahu membuat pasangan anda sentiasa bahagia dan gembira ketika bersama anda, sebab itu lah anda perlu menjadi romantik. Menjadi romantik itu perlu kepelbagaian. Mungkin dengan membaca panduan ini ia akan membantu anda mendapatkan idea yang lebih menarik.



1. Memberi sejambak bunga secara rawak, bukan pada hari-hari yang penting. Beritahu dia bahawa anda tidak memerlukan kesempatan istimewa untuk menjadi alasan untuk anda menjadi romantis.

2. Tulis nota-nota kecil untuk dirinya dengan menggunakan ayat yang manis. Mungkin anda kerap membalas kiriman mesejnya setiap masa. Namun tulisan tangan ada keunikannya yang tersendiri.

3. Apabila anda keluar bersama pasangan, jangan lupa mainkan satu lagu khas untuk dirinya ketika di dalam kereta. Walaupun suara anda ke laut, tetapi usaha itu yang paling penting.

4. Membuat kejutan pada pasangan anda dengan membawa bekal makanan pada waktu makan tengah hari. Dan katakan bahawa anda benar-benar ingin hidup bersamanya.

5. Sediakan makan malam yang disertakan lilin yang hanya akan menerangi kalian berdua. Pastikan anda membuat kejutan untuk dirinya dengan menyiapkan atau menempahnya seorang diri.


6. Bawa dia melihat filem kegemaran dirinya bukan filem kegemaran diri anda. Cuba melayani kerenah dirinya.

7. Bersikap baik kepada sahabat dan keluarganya. Tunjukkan kepadanya bahawa orang yang paling penting dalam hidupnya juga akan menjadi sangat penting bagi anda.

8. Cuba untuk mengingati hari-hari penting dalam hubungan anda. Sebagai contoh, bila anda mula bercinta ataupun pertemuan pertama anda.

9. Bawa dirinya ke tempat pertama kali anda bertemu dengan dirinya serta lakukan kembali detik pertemuan itu.

10. Buat sesuatu yang menunjukkan anda menghargai dirinya. Sebagai contoh, beri cawan kopi yang bertulis dia adalah pasangan terbaik pada anda.

Namun begitu jangan pernah terikat dengan taktik ini. Mungkin anda mempunyai idea yang lebih menarik dan lebih memahami dirinya. Ini adalah cadangan sekiranya anda tidak mempunyai idea yang menarik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,764 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen