Tips Melamar: Jangan Terus Merisik Tanpa Berbincang.

 

Lelaki apabila telah terlalu suka dan mencintai seorang wanita, pasti hatinya sangat teruja untuk menyunting wanita tersebut. Sebelum anda ingin melamar si dia dengan terburu-buru, pastikan anda membuat caturan dahulu seperti berikut….

1. Pastikan si dia wanita yang tepat.

Sebelum anda ingin melamar, anda perlu memastikan si dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Berkemungkinan si dia secara tidak sengaja memberi harapan kerana anda melayan dia dengan baik. Si dia melayan anda dengan baik juga tidak semestinya atas dasar suka sama suka, mungkin kerana terhutang budi.

Jadi, berhati-hati ya!



2. Pastikan seyakin-yakinnya bahawa si dia akan berkata “Yes”.

Anda dengan si dia sudah berkawan lama, dan mula jatuh hati padanya. Jadi, pastikan anda tidak bertepuk sebelah tangan. Dan jangan pula anda secara terburu-buru menghantar rombongan ke rumah si dia untuk merisik, padahal si dia tidak bersedia berkata “Yes” untuk ke tahap seterusnya iaitu bernikah atau bertunang.

3. Tempat melamar.

Sebelum ingin melamar secara rasmi iaitu berhadapan dengan ibu bapa si dia, pasti anda mahu melamar dengan cara tidak rasmi bukan? Bagaimana untuk mengetahui jika si dia wanita yang tepat untuk dilamar? Bawalah mereka ke tempat yang tenang dan nyaman, dan nyatakan hasrat anda untuk melamar si dia.

Tempat juga kadang-kala mempengaruhi emosi wanita untuk menerima lamaran anda atau tidak.



4. Meminta izin dahulu sebelum datang sergah ke rumahnya.

Oleh kerana itu, jika benar si dia adalah wanita yang tepat minta izin padanya untuk berjumpa kedua ibu bapanya. Jika si dia tidak izinkan, tetapi anda dengan secara memaksa untuk merisik, khuatir si dia akan”Bye-Bye” anda pula.

Bertanya dahulu waktu bagaimana yang sesuai untuk berjumpa. Nyatakan hasrat hati yang anda benar-benar serius untuk melamar si dia dengan disaksikan oleh ibu bapa mereka.

5. Jangan terlalu terburu-buru dan memaksa.

Mungkin anda merasakan ibu bapa si dia bimbang jika anda sering membawa anak mereka keluar ke hulu ke hilir. Anda juga merasa tidak tenang dan seperti dihantui jika ibu bapa si dia memandang serong. Jadi anda terburu-buru untuk melamar. Wanita tidak suka dipaksa jika mereka tidak suka akan sesuatu perkara. Jadi, berbincang dahulu dengan teman wanita anda dan minta sokongan.



6. Tentukan cara melamar.

Cara melamar juga amat mempengaruhi emosi wanita untuk menerima anda. Jika anda melamar dengan cara memaksa sudah tentu si dia akan menolak. Jika anda melamar seperti keanak-anakan atau main-main, sudah tentu si dia akan memikir banyak kali untuk menerima. Melamarlah sehingga mereka merasa terharu.

Jangan lupa cari cincin yang bersesuaian dengan saiz jarinya. Nanti rosak pula agenda anda pada hari tersebut.

Seterusnya pakailah pakaian yang bersesuaian dan menyerap peluh. Jangan pula nanti ada bau badan.

Dan sudah tentu dengan cara ini hanya untuk mengelakkan pihak lelaki merasa malu dikemudian hari.

Selamat Mencuba.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen