Hubungan Berantakan Tetapi Tidak Mahu Berpisah. Jom Ketahui Sebab Dan Cara Untuk Atasinya.

 

Pergaduhan kecil atau bergaduh manja sering terjadi pada pasangan yang bercinta. Ini adalah salah satu cara untuk mengenali pasangan dengan lebih terperinci dan muntuk mengetahui sejauh mana si dia mampu untuk setia dengan anda.

Tetapi lain pula jika hubungan kalian berdua sedang berantakan dan menjadi renggang, tetapi masih tidak boleh berpisah.



APAKAH SEBAB-SEBAB UTAMA ANDA MENJADI BEGINI DENGAN PASANGAN?

1. Tidak mahu menyelesaikan masalah dan biarkan ia berlarutan.

2. Salah seorang daripada anda hanya mengharap orang yang melakukan kesalahan sahaja yang menyelesaikan masalah.

3. Malu. Jika anda dengan si dia berpisah, orang ramai akan mengata kerana anda terlalu kecoh tentang hubungan kalian di sosial media.

4. Masih sayang. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan malas untuk bersua malah berbincang tentang masalah tersebut.

5. Celaru. Tidak serius untuk menjalinkan hubungan tetapi niat hanya untuk ‘menyimpan’ si dia.



CARA-CARA UNTUK MENGATASINYA.

1. Jadi matang dan jadilah orang pertama untuk berbincang tentang masalah tersebut, carilah inisiatif untuk menyelesaikan masalah dan memberi SOLUSI.

2. Semasa berbincang, jangan mudah tenggelam di dalam emosi yang tidak stabil. Pastikan anda berdua setkan peraturan untuk tidak sesekali marah kepada pasangan sebelum sesi perbincangan bermula.

3. Biarkan si dia bercakap terlebih dahulu. Sebelum anda ingin meluahkan perasaan dan menyuarakan pendapat, biarkan si dia luahkan apa jua alasannya untuk tidak lagi melayan dan mencintai anda seperti sebelum ini.



4. Jangan terlalu pantas untuk menilai dan menyampuk luahan mereka. Sila fahami luahan si dia dan pastikan minda anda fokus tentang apa yang dibicarakan, jangan pula fikiran merewang memikir hal lain.

5. Yang penting jangan lari daripada masalah! Jika inginkan ruang, jarakkan diri daripada pasangan selama beberapa hari tetapi jangan pula hilang tanpa khabar secara tiba-tiba.

Cara untuk melihat anda atau si dia matang, mudah sahaja. Jika ada masalah di bank atau hutang dengan sesiapa sahaja, adakah anda pantas untuk menyelesaikan atau lari daripada komitmen tersebut?

Jadi, jika memang sudah takdir-Nya lebih baik untuk berpisah, maka akan berpisah juga. Selesaikan dengan baik dan move on. Namun, jika hubungan masih boleh diperbaiki, why not fight for it.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen