5 Tanda Teman Lelaki Anda Sudah Mula Meluat Dengan Perangai Anda.

 

Mempunyai kekasih hati kadang-kala mampu membuatkan hati anda menjadi tenang, gembira, bahagia malah lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya. Tetapi jika tersalah caranya untuk mengeratkan hubungan, pasti ada sahaja yang tidak kena pada mata pasangan terutama teman lelaki anda.

Lelaki juga mempunyai emosi mereka sendiri termasuklah kerap bersendirian dan tidak suka berbual banyak jika mereka tiada mood. Sebagai wanita yang peka dengan perasaan orang disekeliling, anda harus tahu petanda ini….

1. Si dia yang semakin lama semakin tidak kisah.

Tidak kisah dalam apa jua yang anda lakukan termasuklah perkara-perkara yang sering menjadi kemarahan mereka. Jika dulu mereka selalu menegur perbuatan buruk anda tersebut dan memberi nasihat, tetapi kali ini mereka seperti...

“Ahhhh lantaklah awak nak buat apa, saya tegur banyak kali pun awak tetap buat kan? Bukan nak berubah”…

2. Sering lewat apabila bertemu.

Jika di awal perhubungan si dia sentiasa datang lebih awal supaya anda tidak lagi berkecil hati dengan mereka. Malah sanggup menjemput dimana sahaja anda berada, tetapi kali ini mereka sering memberi alasan mengapa mereka lewat. Malah apabila bersua pasti kelihatan mukanya seperti terpaksa sahaja.



3. Tidak lagi berjenaka.

Mereka sering menjadi dingin dan pasti sahaja setiap perbualan akan berakhir dengan kemarahan si dia. Malah mereka juga tidak sedaya upaya membuat anda tergelak lagi, tiada lagi lawak jenaka yang lahir daripada mulutnya sendiri. Jika bertemu pun, muka seperti terpaksa sahaja untuk membuat lawak.

4. Tidak kerap menghubungi anda.

Hubungan anda sebelum ini apabila bersama si dia yang tercinta, pasti setiap hari akan menelefon, membalas whatsapp atau video call. Tetapi kali ini boleh dikira dengan jari hanya berapa kali sahaja mereka menghubungi anda. Anda pun tahu jadual mereka, ketika mereka bersantai dan waktu rehat, kenapa mereka tidak menghubungi anda?

5. Alasan tak munasabah.

Pasti wanita sering mendengar kata-kata ini bukan?

“Saya tak boleh kalau tak tengok muka awak seharian, saya tak happy”

“Sebelum tidur mestilah saya kena dengar suara awak, nanti tak lena tidur saya”

Tetapi kali ini si dia seperti “Alahhh, awak ni kenapa? Benda tu penting ke?” dan malas untuk melayan kerenah anda lagi. Bagi mereka, keseorangan lebih memudahkan daripada melayan kerena anda. Hati-hati, berkemungkinan masalah mungkin berpunca daripada anda sendiri. Cuba berbincang dengan elok, okay!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,299 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen