Ciri-Ciri Wanita Yang Gagal Menarik Perhatian Lelaki.

 

Selalunya kita ambil tahu akan sifat-sifat wanita yang mampu menarik hati lelaki. Kali ini pula, kita ambil tahu sedikit mengenai ciri-ciri wanita yang gagal mendapat perhatian lelaki di luar sana. Ia bukan berkaitan dengan penampilan tetapi lebih kepada kelakuan yang tidak meyenangkan di mata lelaki. Jom ketahuinya.



1. Wanita yang terdesak.

Sebagai seorang wanita, anda seharusnya menjaga kehormatan anda. Bukannya memperlihatkan bahawa anda benar-benar inginkan pasangan untuk dijadikan teman hidup. Tidak salah sekiranya anda meluahkan rasa hati anda tetapi biarlah bersesuaian. Disebabkan kelakuan anda itu menyebabkan lelaki terbabit menolak anda.

2. Wanita yang terlebih peramah.

Wanita yang peramah ini menyeronokkan dan sesuai untuk dijadikan teman berbual. Tetapi jika sudah terlebih peramah ia akan mendatangkan rasa rimas lelaki tersebut. Mana tidaknya kalau cakap tak henti 24 jam, mana tak rimas kan?

3. Wanita yang tidak kelihatan kemas.

Tidak kelihatan kemas bukan semestinya tidak bergaya, tetapi lebih tidak menjaga adab ketika duduk mahupun berbual ketika dengannya. Bukan itu sahaja, gaya anda makan dengannya juga turut mempamerkan siapa diri anda. Jika pakaian anda tidak kemas pasti sudah tahu anda bagaimana.


4. Wanita yang kurang daya penarik.

Mereka yang kurang daya penarik ini biasanya orang yang kurang berkeyakinan serta suka bergantung harap pada orang lain. Itu yang menyebabkan mereka ini tidak ada daya tarikan. Lelaki sukakan wanita yang mempunyai auranya yang tersendiri.

5. Wanita yang mudah dipikat lelaki.

Lelaki mahukan wanita yang sedikit jual mahal, hal ini kerana mereka ingin tunjukkan usaha mereka kepada anda. Jika anda ini mudah dipikat pasti ia akan menimbulkan rasa bosan bagi dirinya. Bukan itu sahaja, anda pasti akan menjadi barang mainan lelaki sahaja.

Sebagai seorang wanita, kita perlu megekalkan martabat kita. Bukannya hanya membiarkan diri kita ini dipandang rendah oleh lelaki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,364 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen