Ingin Bertemu Jodoh Di Sosial Media? Berhati-Hati Dengan 5 Golongan Ini.

 

Mencari jodoh di sosial media adalah salah satu alternatif yang dilakukan oleh anak muda zaman sekarang. Ini kerana dengan peredaran masa yang menyebabkan teknologi semakin berkembang, terdapat banyak aplikasi di telefon bimbit yang memudahkan anak muda mencari kenalan.

Tetapi harus diingatkan bahawa, tidak semua orang asing di sosial media itu berhati baik untuk berkenalan, mungkin ada udang di sebalik batu sahaja. Jom ketahui 5 golongan yang anda harus elakkan untuk berkawan…



1. Mengaku dirinya adalah seorang yang ‘humble’.

Anda perlu sedar bahawa orang yang baik tidak akan mengaku diri sendirinya baik, tetapi anda sendiri yang boleh menilainya. Begitu juga dengan golongan sebegini, mereka sering menyatakan bahawa mereka adalah orang yang merendah diri dan tidak suka untuk riak. Tetapi lihat sahaja post mereka di sosial media, ada sahaja barang mahal yang baru dibeli terus post di sosial media.

2. Stalker yang creepy.

Setiap post anda di facebook atau instagram cepat sahaja mereka menekan butang ‘like’ dan komen. Tidak sampai 1 saat post anda dimuatnaik di sosial media, pasti ada sahaja mereka. Malah, secara tiba-tiba mereka ‘like’ pada post anda yang sudah bertahun-tahun lamanya. Dan tiba-tiba ingin mengetahui masa silam anda.



3. Sweet talker.

Sweet talker bukan sahaja pada seorang lelaki, bahkan wanita juga mampu untuk menjadi sweet talker. Jika baru berkenalan sudah pasti anda tidak dapat mengetahui jika si dia benar-benar ikhlas memberi pick-up line atau main-main sahaja.

Mudah. Jangan layankan dahulu sikap sweet talker si dia, cuba lihat reaksi mereka. Jika mereka bosan dan tiba-tiba menghilang malas melayan kerenah anda yang dingin, pasti mereka mahu berkenalan ada sebab sahaja.



4. Terlalu kerap selfie.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, jika merea terlalu kerap selfie dan post di sosial media setiap minit dan setiap saat, pasti mereka ini bermasalah. Attention seeker. Seorang yang mungkin kurang kasih sayang, dan mahukan perhatian orang ramai tidak cukup kasih sayang daripada ahli keluarga, adik-beradik dan sahabat sahaja. Dia mahukan satu dunia menyayangi dia. Parah.

5. Gemar meroyan.

Setiap perkara, setiap isu malah setiap perkara yang dilakukan pasti akan post pada facebook, instagram, twitter malah pada whatsapp status. Setiap masa pula tu. Sudah tentu sama seperti point nombor 4, attention seeker. Tidak bijak mengawal emosi dan perasaan. Jika anda mempunyai pasangan sebegini, apabila berlaku pergaduhan pasti akan dicanang pada satu dunia. MALU!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen