Ciri-Ciri Gadis Yang Dapat Mendampingi Lelaki Yang Pemalu.

 

Si lelaki pemalu ini keberangkalian untuk menarik perhatian si gadis tidak ramai kerana tidak ada keberanian untuk mendekati mereka. Bagi mereka cukuplah jika ada si gadis yang dapat menerima mereka seadanya dan tidak perlu menjadi lelaki yang terhegeh-hegeh atau terkejar-kejar para gadis ini.



Jom ketahui ciri-ciri gadis yang bertuah dapat mendampingi lelaki pemalu…

1. Seorang yang tahu menjaga privasi diri dan pasangan.

Lelaki pemalu sudah tentu dianggap misteri dan tidak banyak bercakap. Bahkan di sosial media juga mereka hanya menjadi pemerhati sahaja dan tidak terlalu aktif. Jadi sudah tentu, mereka inginkan pasangan yang tidak terlalu bergantung harap pada sosial media dan berkongsi kisah kehidupan mereka. Privasi adalah segala-galanya bagi mereka.

2. Seorang yang bijak mempertahankan mereka.

Lelaki pemalu ini kadang-kala sering menjadi bahan usikan atau bahan lawak oleh rakan-rakan mereka. Jadi, mereka pasti akan kagum dan terharu sekiranya ada seorang gadis yang lebih berani untuk mempertahankan diri mereka daripada menjadi bahan buli orang ramai.



3. Seorang yang dapat menerima mereka seadanya.

Lelaki pemalu ini bukan lah terlalu misteri, mereka cuma terlalu senang hidup bersendirian tanpa kehadiran rakan atau sahabat yang ramai. Jadi, jika si gadis itu tidak memaksa mereka untuk bersosial dan bertemu lebih ramai kawan, pasti si gadis itu sudah dapat menawan hati lelaki pemalu ini. Teria sahaja mereka seadanya, ya!

4. Seorang pendengar setia.

Setiap orang pun memerlukan seseorang yang dapat menjadi pendengar setia. Malah lelaki pemalu ini amat memerlukan seseorang yang memahami mereka dan mampu mendengar luahan isi hati tanpa menilai keburukan mereka melulu. Jika sudah serasi dan anggap anda sebagai teman istimewa, pasti dia akan kongsikan segalanya.



5. Seorang yang berani mencuba.

Secara nyata, lelaki pemalu ini tidak berani untuk cuba mendekati si gadis dan hanya pendam sahaja jika mereka mula suka pada seseorang. Jadi, sebahagian daripada mereka tertunggu-tunggu juga bilalah ada si gadis yang berani mencuba menegur dan berbual bersama mereka.

6. Seorang yang bijak mengambil hati mereka.

Jika anda telah suka pada seorang lelaki yang pemalu, maka jangan lah terlalu berharap secara total yang mereka ini akan memulakan langkah untuk mengambil hati malah mencuri hati anda. Akan tetapi lelaki pemalu lebih gemar jika ada seorang gadis yang mampu mengambil hati mereka dahulu ini kerana mereka ingin memastikan gadis itu benar-benar dapat menerima mereka seadanya dengan seikhlas hati.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen