Panduan Menjadi Pasangan Sempurna Buat Si Dia.

 

Setiap orang impikan menjadi pasangan yang sempurna buat pasangan mereka. Bukan itu sahaja, ada yang beranggapan sempurna itu bermaksud dirinya tidak ada kekurangan yang akan membuat pasangan berubah hati. Sedarkah anda bahawa tiada manusia ataupun pasangan yang sempurna di dalam dunia ini. Namun begitu, anda masih lagi mampu menjadi sempurna untuk dirinya. Mari ketahuinya.



1. Jangan membuat dirinya terpaksa dengan kehadiran anda.

Menggunakan kekerasan atau pemaksaan hanya akan membuat dirinya menolak anda. Maka dengan itu, anda seharusnya bertindak secara lembut di mana membiarkan hatinya menerima anda secara terbuka dan dengan rela hati. Di sini mereka akan lihat sendiri kelebihan yang ada dalam diri anda.

2. Menjadi seorang yang positif dan berpandangan jauh.

Jangan mudah cepat putus asa apabila anda dikatakan lebih banyak kekurangan berbanding kesempurnaan anda. Anda seharusnya berfikiran positif dan berpandangan jauh. Sekiranya dia tidak boleh menerima anda pasti akan ada yang akan menerima kekurangan anda.

3. Seimbangkan keutamaan pasangan dan diri sendiri.

Anda perlu tahu bahawa dirinya bukan segala-galanya untuk anda. Jangan jadi hamba kepada dirinya hanya kerana mahu dia menerima anda sebagai yang sempurna. Sebaliknya anda perlu bijak untuk membahagikan kebahagiaan diri anda serta dirinya. Bukan melebihkan dirinya sahaja.


4. Fahami masa peribadinya.

Anda perlu fahami bahawa dirinya memerlukan masa untuk bersama rakan-rakannya, bukan dirinya sahaja, anda juga. Maka dengan itu, anda seharusnya fahami dirinya. Walaupun anda terpaksa tetapi cuba untuk fahami.

5. Yakin dengan segala kekurangan anda.

Ini yang paling penting sekali, di mana anda begitu yakin dengan kekurangan anda. Jangan pernah rendah diri akan kekurangan anda, tetapi percaya kekurangan anda itu akan memberi anda lebih kekuatan berbanding kelebihan yang anda miliki.

Menjadi pasangan yang sempurna itu bukan patuh dengan pasangan anda, tetapi sebaliknya orang yang menerima segala kelemahan dan kelebihan anda. Jika anda mahukan pasangan yang sempurna, maka cuba untuk jadi sempurna dahulu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen