Menjadi Anak Derhaka Antara Penyebab Sukarnya Menjemput Jodoh. Jom Baca.

 

Sukarnya menjemput jodoh mungkin kerana tingkah laku kita terhadap kedua ibu bapa kita. Jadi Allah telah mempersulitkan segala urusan kita termasuk untuk menjemput jodoh. Seperti Rasulullah SAW bersabda;

“Redha Allah bergantung pada keredhaan orang tua, sedangkan murka Allah bergantung pada kemurkaan orang tua.” (H.R. Bukhari, Ibnu Hibban, Tirmizi, dan Hakim).



Jadi, jom ketahui bagaimanakah anda boleh digelar sebagai anak derhaka?

1. Berkata “Ah” dan membentak kedua ibu bapa.

Allah SWT telah berfirman;

“….Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)” (Al-Israa: 23)

2. Membuat ibu bapa bersedih dan menangis.

Tentu perbuatan tersebut dapat menjadi dosa besar untuk kita. Ibnu ‘Umar berkata: “Tangisan kedua orang tua termasuk kederhakaan yang besar.” (HR. Bukhari)



3. Membuat muka masam atau berkerut dihadapan ibu bapa.

Mungkin antara kita tidak sedar akan perbuatan ini, apabila keluar bersama rakan pasti berasa sanagt gembira dengan muka yang ceria. Tetapi apabila dirumah, ada sahaja yang tidak kena, setiap teguran dan nasihat oleh ibu bapa, pasti muka kita berkerut. Kadang-kala menjawab sepatah sahaja.

4. Tidak menghormati ibu bapa.

Tidak menghormati orang tua juga termasuk dalam perbuatan derhaka. Dimana kita perlu bertutur kata yang sopan santun, mencium tangan kedua ibu bapa setiap apabila keluar rumah, dan  meminta restu jika ingin melakukan sesuatu.

“…dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa…” (An-Nisa’: 36)



5. Tidak menuruti perintah ibu bapa.

Apabila ibu menyuruh kita atau meminta tolong untuk membuat kerja rumah, pasti ada sahaja yang mahu dibantah. Nasihat juga malas kita malas mendengar, bagaimana Allah mahu menolong kita dalam pencarian jodoh, jika ibu bapa sendiri kita tidak mahu menurut perintah?

Selain daripada itu, kita juga dilarang untuk mencela dan menghina mereka, tidak mengaku kedua ibu bapa kita adalah ibu bapa kandung. Ketahuilah bahawa azab bagi anak derhaka ini hidupnya bakal ditimpa kesengsaraan yang tiada penghujungnya. Bahkan saat sakaratul maut juga sulit. Jika secara asasnya kita tidak dapat mementingkan ibu bapa di dunia kita sendiri, bagaimana untuk mempersiapkan diri sendiri dengan ilmu agama untuk keluarga sendiri kelak?

Anak yang derhaka ini solat mereka tidak akan diterima disisi Allah SWT melainkan bertaubat dan meminta maaf pada kedua ibu bapa. Wallahualam...



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen