Perkara Yang Tidak Mampu Diluahkan Oleh Teman Lelaki Hanya Kerana Menjaga Hati Anda? Jom Ketahui.

 

Jika wanita mereka ini lebih suka bermain dengan teka teki dengan pasangan mereka di mana, mereka akan membuat pasangan mereka berfikir apa yang dirinya mahukan. Manakala lelaki pula, mereka ini mampu luahkan perkara yang tidak menyenangkan hatinya namun tidak mampu meluahkan beberapa perkara ini. Perkara yang bagaimana mereka tidak mampu lauhkan ini? Mari ketahuinya.



1. Perasaan takutnya.

Lelaki biasanya lebih suka berlagak berani apabila berhadapan pasangan mereka. Hal ini kerana, mereka ini dikatakan lebih hebat dan gagah dari segi bentuk fizikalnya. Bukan itu sahaja, mereka ini juga mempunyai ego yang tinggi, jadi sudah semestinya ia ingin membuat dirinya hebat dihadapan pasangannya.

2. Malu untuk mengakui cemburu.

Siapa kata wanita sahaja yang mempunyai perasaan cemburu, lelaki juga mempunyai perasaan tersebut. Yang membezakan adalah wanita akan lebih mudah untuk menyatakan manakala lelaki lebih mudah untuk pedam. Hal ini kerana, mereka akan berasa malu apabila perasaan cemburu mereka itu menjadi bahan ejekkan. Bukan itu sahaja, mereka merasakan lelaki yang tidak gagah sahaja yang menyatakan rasa cemburu mereka.

3. Sukar jujur mengenai penampilan pasangan.

Tidak semua penampilan wanita itu sesuai dengan dirinya. Sebagai pasangan, mereka selalunya merasa ragu-ragu untuk menegur gaya penampilan pasangan mereka. Namun, jika dia pasangan yang benar-benar inginkan anda, pasti dia akan menegur gaya anda berpakaian.


4. Takut untuk memuji wanita lain.

Lelaki mana yang berani memuji wanita lain selain pasangannya. Terutama mereka yang sememangnya takut pasangan. Lelaki seperti ini akan berani apabila mereka jauh dari pasangan mereka. Tapi apabila pasangan di sisi dia lah yang paling setia.

5. Malu untuk mengakui bahawa mereka ini tidak gagah.

Tidak semua lelaki mampu mengangkat benda-benda yang berat. Mereka ini mempunyi tahap kemampuan mereka. Maka dengan itu, anda perlu tahu tahap kemampuan pasangan anda. Kadang kala mereka ini akan memaksa diri mereka untuk melakukan perkara yang mereka tidak mampu.

Lelaki lebih mementingkan air muka mereka. Jadi sebagai pasangan anda seharusnya perihatin apabila pasangan anda teragak-agak akan lima perkara ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen