Antara Sebab Mengapa Lelaki Mudah Putus Asa Dengan Wanita Cantik.

 

Majoriti lelaki pasti suka pada kecantikan yang dimiliki oleh wanita. Siapa sahaja yang tidak suka pada wanita cantik, malahan wanita cantik juga menjadi perhatian orang ramai termasuk kaumnya sendiri juga. Tetapi kadang-kala persepsi masyarakat melayu terhadap wanita cantik ini tidak semuanya positif.

“Alahhh…kau cantik, buat jela apa-apa pun, orang tak pandang pun kesalahan kau”



“Kalau perempuan buruk, semua yang dibuat mesti dipandang hodoh. Lagi hodoh kalau dah buat salah”

“Kalau cantik ni orang tak kisah buat salah banyak mana pun, mesti perempuan hodoh juga dipersalahkan”

Jadi, jom ketahui antara sikap wanita cantik yang membuatkan ramai lelaki mudah putus asa untuk membina hubungan cinta…

1. Tidak boleh dimarah, dikritik atau ditegur.

Persepsi orang ramai atau secara tidak sedar, wanita cantik ini sebenarnya memiliki sikap panas baran. Jika mereka dimarahi atau dikritik oleh majikan atau sesiapa sahaja, pasti mereka akan melawan.



Atau pun jika mereka dimarahi pasti mereka mencuba untuk membuat muka kesian sehinggakan orang sekeliling terlalu simpati untuk memarahi mereka. Kebarangkalian juga ia adalah dari didikan ibu bapa juga sejak kecil.

“Alahhh, budak comel/cantik macam ni, lama-lama berubah lah tu” (Budak-budak kan…)

Kebanyakan lelaki pun akan bosan jika sikap wanita sebegini.

2. Memakai mekap terlalu tebal.

Kebanyakan daripada wanita pada zaman sekarang hanya cantik pada luaran sahaja. Jadi tidak hairan lah jika terdapat ramai wanita takut tidak mengenakan sebarang mekap apabila keluar daripada rumah. Lelaki sebenarnya tidak suka pada wanita yang mekap terlalu tebal. Memadai tidak pucat sahaja.



3. Gemar bergossip dan memburukkan orang lain.

Seperti point nombor satu di atas, wanita sebegini seperti hanya dia sahaja yang betul kerana tidak boleh dikritik atau ditegur. Jadi, pasti ada sahaja keburukan atau kekurangan pada orang lain yang si dia mahu mengumpat atau kritik. Amboi, orang kritik dia tak boleh, tapi dia boleh sahaja mengkritik orang lain. Memang patut lelaki putus asa pada wanita sebegini.

4. Terlalu konfiden.

Anda terlalu konfiden bahawa dengan kecantikan yang dimiliki pasti semua orang akan suka dengan sikap anda juga. Lelaki tidak suka pada wanita sebegini, tidak kisah jika anda berkeyakinan tinggi tetapi jangan pula terlalu riak. Ia membuatkan anda kelihatan seperti narsistik.



5. Terlalu manja dan clingy.

Alasan cliché, memang sikap wanita yang gemar berkepit dengan teman lelaki 24 jam. Tetapi anda merasakan anda cantik dan pergi kemana sahaja pasti akan ada orang memandang dan mudah berkawan. Lalu anda menjadi mudah rapat pula dengan kawan-kawan teman lelaki juga, situasi begini pasti menimbulkan rasa cemburu pada teman lelaki dan menjadi kurang senang dengan tindakan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen