Perbezaan Jatuh Cinta Dan Mencintai, Anda Yang Mana?

 

Jatuh cinta mungkin kelihatan lebih mudah berbanding mencintai. Jatuh cinta berlaku tanpa paksaan manakala mencintai pula penuh dengan keikhlasaan. Semua orang pasti pernah merasai saat jatuh cinta, tetapi tidak semua orang pernah merasai mencintai seseorang dengan sebenar-benarnya. Apa perbezaan dua perkara ini? mari ketahuinya.



1. Rasa menginginkan dirinya.

Jatuh cinta: Anda memerlukan dirinya untuk menjadi pemberi semangat anda, sentiasa menemani anda serta ada di sisi anda ketika susah mahupun senang. Anda menginginkan dirinya walaupun anda terpaksa mendapatkannya menggunkan kekerasaan.

Mencintai: Anda tidak menginginkan dirinya secara paksa. Anda lebih menginginkan dirinya bahagia, walaupun tidak berada di sisi anda.

2. Peranan emosi.

Jatuh cinta: Anda ingin memilikinya sepenuh hati anda. Anda tidak mahu kehilangan dirinya. Apabila berjauhan anda mengalami kesukaran untuk bertahan dalam hubungan.

Mencintai: Anda tidak menggunkan emosi anda, tetapi menggunakan fikiran anda. Anda lebih memikirkan kebaikan dirinya. Bukan itu sahaja, anda sentiasa berdoa akan kesejahteraan dirinya.

3. Tujuan hubungan.

Jatuh cinta: Anda lebih inginkan menghabiskan masa bersama pasangan. Hubungan anda belum mempunyai tujuan yang betul. Apa yang anda tahu dirinya akan anda bersama dengan anda sentiasa.

Mencintai: Anda ingin menghalalkan hubungan anda. Anda melakukan banyak perkara untuk memastikan hubungan anda sentiasa membaik.


4. Mampu bertahan atau tidak.

Jatuh cinta: Perasaan jatuh cinta ini boleh jadi akan hilang bila-bila masa sahaja. Di mana anda akan mula menemui seseorang yang lebih baik darinya.

Mencintai: Anda akan terus mencintai dirinya walaupun anda telah dilukai dengan pelbagi perkara. Anda tidak akan berhenti mencintainya malah anda akan terus mencintai dirinya walaupun dalam diam.

Perbezaan jatuh cinta dengan mencintai ini terlalu banyak. Mungkin anda akan merasainya satu hari nanti apabila anda menemui seseorang yang tepat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 534,359 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen