Kebaikan Dan Keburukan Jika Pasangan Kerja Dalam Pejabat Yang Sama.

 

Bertemu jodoh pasti tidak kira tempat dan masa. Paling tidak dijangka apabila bertemu jodoh di tempat kerja yang sama pada mereka yang telah bekerjaya. Pasti pasangan seperti tidak menyangka akan berkahwin dengan orang satu pejabat, tetapi di kemudian hari sudah tentu salah seorang akan berpindah ke tempat lain hanya kerana undang-undang di tempat kerja.



Dari pandangan orang ramai, sudah tentu mereka menganggap beruntung jika suami isteri bekerja di satu tempat kerana…

Ia bakal mengurangkan kos petrol…

Mudah memantau aktiviti masing-masing…

Masa yang jimat seperti si suami tidak perlu menghantar isteri kerja ke tempat lain…



Lebih bersemangat untuk bekerja kerana sentiasa bersama pasangan…

Namun sebahagian daripada mereka pasti merasa kekok.

Jom ketahui antara kesan buruk yang bakal dihadapi oleh pasangan malah rakan sekerja…

1. Jika berlaku pergaduhan rumah tangga di dalam rumah, pasti ia akan terbawa-bawa hingga ke pejabat. Perkara ini akan memberi impak yang negatif pada rakan sekerja dan menjadi buah mulut orang ramai.



2. Terlalu cemburu jika melihat pasangan mempunyai rakan sekerja berlainan jantina. Perasaan ini pasti sukar untuk dikawal terutama wanita. Jika ia sukar dikawal khuatir akan melibatkan pergaduhan di dalam pejabat, dan akan memberi nama buruk pada syarikat.

3. Jika sering memantau pergerakan dan aktiviti pasangan, ia pasti akan menghindarkan diri anda sendiri untuk fokus pada kerja. Malah seperti menyusahkan pekerjaan masing-masing kerana terlalu ingin memantau pasangan.

4. Jika pasangan yang sering berjumpa di pejabat, pasti mereka akan terlebih romantik dan kelakuan mereka akan disaksikan oleh ramai pihak di pejabat. Sudah tentu ramai daripada mereka akan bosan dengan adegan romantik tersebut dan pasti menjadi buah mulut orang ramai juga.



5. Pasangan bakal bosan jika setiap hari berjumpa di pejabat malah dirumah. Seperti tiada orang lain lagi dalam kehidupan mereka. Kadang-kala pasangan yang telah berkahwin juga perlukan ruang untuk menguruskan segala komitmen bersendirian, ini untuk menambahkan perasaan rindu pada diri masing-masing.

Oleh itu, jika anda mempunyai pasangan di satu tempat kerja tetapi berlainan jabatan, cuba lah untuk menjadi lebih professional dalam menangani masalah rumah tangga supaya ia tidak terbawa-bawa hingga ke pejabat. Ini akan menjadi gossip antara rakan sekerja dan membuahkan andaian negatif antara sesama mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen