Sebab-Sebab Hubungan Anda Sukar Mendapat Restu Ibu Bapa.

 

Bercinta sememangnya menyeronokkan. Itu belum lagi jika kita memiliki pasangan yang setia dan begitu baik pada diri ini. Namun begitu, hubungan cinta tidak akan bahagia sekiranya, tidak mendapat restu oleh kedua-dua ibu bapa kita. restu ibu bapa adalah penting demi mendapatkan kelancaran hubungan yang diimpikan hingga ke jinjang pelamin. Tetapi mengapa hubungan anda tidak mendapat restu ibu bapa anda. Mari ketahuinya.



1. Ibu bapa melihat kamu belum bersedia.

Ibu bapa anda melihat anda untuk memikul tanggungjawab. Sama ada dari segi kewangan ataupun fizikal. Ada juga yang melihat anak-anak mereka ini masih kecil walaupun umur telah mencecah 20-an. Bukan itu sahaja, mereka ini yang masih belum sedia melepaskan kamu.

2. Tidak mahir bab agama.

Agama ini sangat penting untuk sebuah perkahwinan itu bahagia. Hal ini kerana, dengan agama seseorang itu mampu berfikiran secara waras dan tidak mengikut hati dan perasaan. Semua ibu bapa inginkan anda mereka bahagia di dunia hingga ke akhirat.

3. Tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Tidak mempunyai pekerjaan tetap bermakna pendapat juga tidak tetap bukan? Tiada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka ini hidup dalam serba kekurangan, terutama jika mereka ini dilahirkan dalam keluarga yang senang. Perkara ini biasanya terjadi kepada lelaki, hal ini kerana mereka yang akan memikul tanggungjawab.


4. Pendidikan tidak sama.

Pendidikan dilihat sebagai salah satu faktor yang penting masa kini. Hampir semua ibu bapa mengutamakan kualiti pendidikan anak-anak mereka. Latar belakang pendidikan ini juga merupakan keperluan penting bagi calon pasangan yang ingin mendapatkan berkah dari kedua belah pihak dengan harapan dapat memberikan keturunan pintar di masa depan.

5. Menjadi orang ketiga.

Mungkin sebagai wanita anda tidak kisah jika hidup bermadu, tetapi tidak ibu bapa anda. Ibu bapa anda mahukan yang terbaik untuk anda. Mereka mahukan pasangan anak mereka mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka. Bukannya berbagi perhatian dengan yang lain.

Lima sebab ini adalah sebab biasa mengapa ibu bapa tidak merestui hubungan anak mereka. Namun begitu, terdapat perkara lain seperti latar belakang keluarga, penyakit kronik dan lain-lain lagi.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,781 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen