5 Situasi Pada Permulaan Fasa Perkahwinan Yang Bakal Ditempuhi Dan Cara Untuk Atasinya.

 

Pasangan yang baru sahaja berkahwin, pasti akan melalui fasa ‘bulan madu’ selama beberapa minggu. Dan setelah lepasnya fasa bulan madu tersebut pasti akan mengalami fasa realiti dimana kalian berdua sibuk dengan komitmen kerjaya.



Jadi jom ketahui antara situasi-situasi tersebut…

Situasi 1: Pergaduhan kecil yang melibatkan tidak menyusun kasut di rak atau tidak menutup penutup ubat gigi.

Cara mengatasi: Mungkin anda penat setelah pulang dari pejabat tetapi jangan pula cepat melenting atau naik tangan pada pasangan. Ingatkan pada pasangan secara elok bahawa anda tidak suka perbuatan tersebut, jangan berkasar. Dan pasangan juga harus dengar jangan sibuk dengan telefon bimbit sahaja.

Situasi 2: Pembelian aset harta.

Oleh kerana itu zaman sekarang terdapat banyak kempen untuk anak muda menguruskan pembelian asset harta sebagai permulaan hidup. Tidak lah nanti menjadi terlalu kekok setelah berkahwin.



Cara mengatasi: Anda dan pasangan harus mempunyai kedudukan kewangan yang stabil sebelum memulakan projek besar ini. Anda perlu mempunyai perancangan yang terapi kerana ‘projek’ ini bakal memerlukan wang yang banyak. Atau cari mana-mana agent yang boleh dipercayai.

Situasi 3: Campur tangan keluarga.

Setelah mengambil masa yang agak lama setelah berkahwin, pasti ada sahaja campur tangan daripada ibu bapa sendiri atau mertua.

Cara mengatasi: Dengar nasihat daripada orang tua dan elakkan membuka aib pasangan walaupun dengan ibu bapa sendiri. Anda hanya perlukan nasihat bukan untuk mengumpat keburukan pasangan.



Situasi 4: Tentang kehamilan.

Seperti biasa masyarakat melayu memang tidak lari daripada mulut tempayan mereka. Apabila mereka merasakan isteri anda sepatutnya hamil pada bulan tersebut, tetapi ia tidak kelihatan, pasti menjadi buah mulut orang ramai.

Cara mengatasi: Jangan terus cepat menilai orang dan anggap sahaja mereka mahu memulakan perbualan tetapi tiada isu. Dengan hal sebeginilah dapat menentukan anda sebenarnya seorang yang matang atau tidak. Jika anda jawab pun seperti cari gaduh, pasti lagi memburukkan keadaan.

“Macam ni ke nak jadi mak bapak yang baik? Teruk betul perangai, tanya pun tak boleh”

Mulut orang kan.



Situasi 5: Rakan-rakan berjauhan hati.

Apabila telah berkahwin, perkara utama yang anda merasakan terlalu asing adalah berpisah dengan rakan-rakan yang anda sudah biasa keluar bersama.

Cara mengatasi: Beritahu sahaja kebenaran bahawa kehidupan setelah berkahwin adalah berbeza dengan semasa bujang, segala hal yang anda lakukan perlu diberi keizinan oleh suami. Pasti mereka akan memahami situasi anda. Pujuk rakan-rakan untuk mendoakan kebahagiaan anda dan pasangan. Tidak salah jika sekali-sekala keluar dengan mereka, tetapi jangan lupa anda telah bersuami.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen