Antara Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin Pada Zaman Dahulu. Adakah Masih Relevan Untuk Zaman Sekarang?

 

Masyarakat melayu amat terkenal dengan segala pantang larang, terutamanya untuk bakal pengantin. Adat resam masyarakat melayu ini dilaksanakan untuk menjaga tatasusila supaya ia sentiasa dikekalkan sehingga sekarang.

Jom ketahui antara pantang larang tersebut sebagai rujukan…

1. Tidak dibenarkan keluar dengan bakal suami atau isteri selama 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling.

2. Elakkan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.

3. Pastikan bakal pengantin mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.



4. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

5. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk mengelakkan fitnah.

6. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.

7. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.

8. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan.



9. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.

10. Bilik bakal pengantin tidak boleh dibiarkan kosong sebelum berlangsungnya majlis kerana bimbang jika ada yang berniat buruk. Pastikan sentiasa ada orang yang akan tidur di sana untuk langkah berjaga-jaga.

11. Ketika bersanding, kedua-dua mempelai dilarang bercakap kerana akan dianggap kurang manis dipandang oleh tetamu.

12. Dilarang mencukur kening untuk bakal pengantin lelaki kerana dikhuatiri akan menghilangkan seri dan perbuatan ini dilarang dalam agama.



13. Elakkan keluar dari rumah tanpa tujuan kerana dikhuatiri bakal pengantin akan mengalami kemalangan apabila berada di luar.

14. Jaga pertuturan anda agar tidak menimbulkan rasa sakit hati mana-mana pihak dan menguris perasaan mereka dan ini hendaklah sentiasa diamalkan.

15. Jangan membuang air besar dan air kecil serentak kerana ia akan melemahkan organ seks anda.



16. Elakkan tidur di rumah orang lain dibimbangi akan terkena ilmu buatan orang yang mungkin iri hati dan juga untuk mengelakkan fitnah.

17. Bagi mereka yang mempunyai masalah angin di dalam badan, digalakkan untuk meminum air yang dicampur dengan halia untuk membuang angin di dalam badan dan untuk mengekalkan kesihatan.

18. Kurangkan makanan laut daripada diet seharian kerana makanan laut mempunyai toksik yang banyak.

Ada sebahagian yang masih boleh diikuti, ada juga yang tidak masuk akal. Namun ia terpulang kepada individu untuk mengikut pantang larang ini kerana ada juga kebaikan yang tersirat kita tidak dapat lihat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,047 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen