Cuba 5 Cara Membuat Si Dia Menyesal Kerana Berpisah Dengan Anda Dahulu.

 

Siapa yang tidak sedih apabila berpisah dengan seseorang yang telah kita berikan hati. Adakah anda kecewa sekarang dan merasakannya sudah berakhir, atau adakah anda berfikir bahawa anda tidak akan menemui seseorang yang baik seertinya? Jangan terlalu bersedih, tak akan anda mudah putus asa dengan hanya kekecewaan ini. Apa kata anda cuba untuk membalas dendam. Bukan menyakitinya tetapi lebih membuat dirinya menyesal berpisah dengan anda. Mari ikuti tips ini.



1. Berubah menjadi cantik.

Ubah penampilan anda dan letakkan sedikit makeup di wajah anda agar muka anda kelihatan lebih segar dan berseri. Ubah cara anda bertudung dan berpakaian. Buat anda kelihatan seseorang yang baru pada masa ini.

2. Bergaul dengan teman-teman anda.

Jika sebelum ini pergaulan anda terbatas, ambil peluang ini untuk menikmati keseronokan bersama rakan-rakan anda. Dari situ anda akan terasa bebas dan melupakan segala kesedihan bersama dengannya. Bukan itu sahaja, anda juga merasakan lebih gembira berbanding waktu dengannya.

3. Maafkan segala kesalahannya.

Memaafkan itu tidak mudah, tetapi mana tahu dengan memaafkan segala kesalahannya itu dapat melegakan hati anda. Mungkin perbuatannya telah memutuskan kamu sangat menyakitkan. Dengan memaafkan juga membuat anda sedar bahawa anda layak untuk seseorang yang lebih baik.


4. Menjadi seorang yang lebih bermatlamat dalam hidup.

Selepas mengalami kekecewaan anda seharusnya lebih bersemangat untuk menikmati hidup anda. Bukan itu sahaja, anda mempunyai pelbagai matlamat yang ingin anda capai. Sebagai contoh, membuat perniagaan atas talian ataupun sambung pelajaran.

5. Menjadikan dirinya rakan lama kamu.

Apabila anda melihatnya, anda perlu yakin untuk berbual dengannya. Tetapi anda juga harus berlakon yang anda sudah melupakannya. Anggap sahaja dia rakan lama yang anda tidak pernah jumpa dan tidak begitu rapat. Pasti dia akan merasakan anda terlalu cepat move on.

Jangan pernah menyesal dengan perpisahan yang berlaku antara kalian. Anggap sahaja anda dan dirinya tiada jodoh, jika anda jodohnya pasti dia akan datang semula.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,376 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen