Cara Ubati Kelukaan Selepas Di Friendzone Oleh Crush Anda.

 

Siapa yang tidak terluka apabila terkena Friendzone oleh seseorang yang diminati sekian lama. Terutama selepas anda melakukan pelbagai hal untuk diri mereka. Jangan terus bersedih, anda mungkin akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya. Tidak ada gunanya membuang masa hanya untuk sedih kerana perjalanan cinta tidak berjalan lancar seperti yang dibayangkan. Oleh itu, mari kita lihat beberapa cara untuk merawat kesedihan selepas di Friendzonekan.



1. Berhenti untuk menghubunginya.

Langkah pertama yang boleh dan harus kamu lakukan adalah dengan menghentikan semua jenis komunikasi dengannya, mulai dari chat, telefon, video call, dan jenis komunikasi lain. Memang pada awalnya pasti akan terasa susah, apalagi jika sebelum ini anda selalu berkomunikasi dengannya setiap masa. Tetapi percaya lah ia akan beransur-ansur hilang lama-kelamaan.

2. Bercuti.

Aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan adalah melawat banyak tempat yang menyeronokkan yang tidak pernah anda lawati sebelumnya. Ini akan membuatkan anda melupakan pelbagai kenangan yang anda alami dengannya. Perjalanan juga membolehkan anda mendapat peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan orang baru yang mungkin menjadi orang yang sesuai dengan anda. Ingat, kita tidak akan tahu bila dan di mana untuk bertemu pasangan, bukan?

3. Daftar laman mencari jodoh.

Dari anda bersedih kerana cinta ditolak, ada baiknya mencari orang baru yang boleh menghiasi hari anda. Salah satunya adalah dengan mendaftar laman mencari jodoh. Dari sini, anda boleh bertemu ramai orang dan mula membina hubungan yang lebih baru dan menyeronokkan.


4. Ambil pelung untuk lakukan hobi anda.

Menikmati masa anda sendiri dengan menghiburkan diri dengan hobi yang anda telah suka. Ia juga boleh menjadi ubat untuk kesedihan yang anda alami dari friendzone. Cuba untuk mengisi hari anda dengan resipi masak, menonton filem, bermain basikal, atau aktiviti positif yang lain. Ia pasti mendatangkan keseronokan.

5. Memperluaskan kenalan.

Selain daripada ahli keluarga, rakan-rakan juga adalah tempat berkongsi kesedihan. Oleh itu, adalah baik untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan dan bersenang-senang dengan mereka. Cuba mengajaknya untuk melakukan satu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meminta mereka mencarikan jodoh untuk anda.

Jangan terlalu bersedih apabila di Friendzone, ingatlah dirinya yang akan menyesal kerana tidak menerima cinta anda. Hal ini kerana, orang yang menyayangi adalah orang yang terbaik.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen