Kenali Kelakuan Curang Kecil Yang Kerap Kali Dilakukan Tanpa Disedari.

 

Semua orang tahu, apabila curang sahaja ia bermaksud kehadiran orang ketiga dalam hubungan tersebut. Tapi, tahukah anda kelakuan curang ini juga boleh berlaku tanpa sengaja. Di mana anda lakukannya, terhadap rakan-rakan anda ataupun sekadar untuk bergurau. Bukan itu sahaja, curang kecil ini juga boleh mendatangkan cemburu pasangan anda tanpa anda sedari. Berikut adalah kelakuan curang kecil yang anda tidak ketahui.



1. Memanggil orang lain sayang.

Bagi anda mungkin ini perbuatan yang remeh. Perkataan sayang ini menunjukkan bahawa kita menyayangi seseorang bukan? Maka perkataan itu tidak sesuai digunakan untuk perkara-perkara yang biasa. Terutama sekiranya anda menggunakan perkataan tersebut kepada orang yang bukan pasangan anda serta di belakang pasangan anda.

2. Keluar berdua dengan pasangan yang berlainan jantina.

Bagi anda mungkin ia sekadar teman anda. Anda juga tidak rasa bersalah sekiranya keluar berdua dengannya tanpa pengetahuan pasangan anda. sedangkan perkara ini boleh mendatangkan salah faham antara pasangan anda serta orang yang melihat anda.

3. Memberi kiriman mesej buat bekas kekasih.

Jika anda melakukan ini sudah pasti akan melakukannya secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan pasangan anda bukan? Tahukah anda perbuatan ini dikira ada sedang berlaku curang terhadap pasangan anda. Mungkin anda masih berkawan baik dengan bekas kekasih anda, tetapi ia tetap perkara yang salah.


4. Mengaku masih single atau bujang apabila dengan orang lain.

Anda sedang berlaku curang, dan mungkin ke arah kecurangan yang lebih besar. Anda menyembunyikan status hubungan anda. Ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku. Anda seharusnya jujur dengan orang lain agar tiada perasaan yang akan tersimpan di dalam hatinya.

5. Terlibat dalam aplikasi mencari jodoh.

Apabila anda sudah ada pasangan, anda seharusnya menghargai pasangan anda. Bukannya mencari yang lebih baik untuk diri anda serta memenuhi segala kepuasan anda. Tindakan anda ini menandakan bahawa anda tidak jujur dengan pasangan anda.

Apabila anda sudah miliki pasangan, anda seharusnya bersyukur dan menghargai pasangan anda dengan lebih baik. Bukan melakukan kecurangan kecil hingga membuat orang lain menyimpan perasaan terhadap anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,449 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen