4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri Yang Mesti Ada Pada Setiap Individu.

 

Kadang-kala kita selalu menjaga hati orang disekeliling dan lupa untuk menjaga hati dan diri sendiri. Ketahui cara mudah untuk menyayangi diri anda dan menjadi lebih sihat dari segi mental, fizikal dan juga rohani. Ramai yang lupa, menyayangi diri sendiri adalah perkara paling mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita yang tidak ambil kisah tentang perkara ini. Dengan itu tidak hairanlah mengapa masalah sosial, kemurungan dan juga emosi yang tidak stabil juga makin meningkat sejak kebelakangan ini. Beberapa langkah dan cara mudah yang anda boleh lakukan untuk menjalani hidup yang lebih tenang dan sihat.



1. Letakkan diri anda sebelum orang lain.

Ya, kita tidak seharusnya menjadi selfish tetapi bayangkan jika anda tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri bagaimana anda ingin menolong orang lain. Oleh itu, put yourself before others dan segalanya akan menjadi lebih mudah untuk anda dan orang sekeliling.

2. Gembira adalah motivasi utama.

Resipi untuk jiwa yang tenang dan bahagia adalah untuk sentiasa bergembira, jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa ia akan menyebabkan hasil yang kurang memuaskan. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif kerana that is the start to a wonderful world!



3. Sentiasa bersyukur.

Jika anda ditimpa musibah atau masalah, jangan putus asa sebaliknya anda harus rasa bersyukur dengan apa yang masih kekal dengan anda dalam keadaan itu. Sentiasa berfikiran bahawa ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dan teruk, dengan ini anda dapat bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan dan menyelesaikan masalah with a straight mind.

4. Ingat orang yang tersayang.

Sebelum ingin mengambil apa-apa keputusan, jangan lupa tentang orang yang tersayang seperti ibubapa, suami, adik-beradik dan sahabat-handai. Mereka mungkin menaruh harapan yang tinggi dalam hidup anda oleh itu jangan mengecewakan mereka dengan melakukan perkara yang di luar batasan. Sentiasa ingat tentang hari esok dan balasan yang menanti jika keputusan yang diambil itu tidak sesuai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen