Lelaki Sebenarnya Tidak Suka Pada Surprise Hari Jadi. Jom Ketahui Apa Yang Mereka Perlukan.

 

Tips ini untuk wanita yang berada diluar sana yang merasakan sukar untuk membeli hadiah untuk teman lelaki atau suami. Bagi wanita perkara ini amat serabutkan fikiran mereka kerana barang-barang lelaki kebanyakannya mahal dan sukar untuk didapati.

Malah ramai wanita menghabiskan masa, tenaga dan wang semata-mata untuk menghasilkan majlis hari jadi untuk pasangannya. Padahal lelaki bukan lah seperti wanita yang suka pada kejutan, belon yang banyak, hadiah yang pelbagai, ketahui lah wahai wanita diluar sana, lelaki tidak merumitkan seperti anda.



Apabila anda meluangkan masa untuk ‘Projek Hari Jadi’ si dia, anda pasti berpuas hati dan gembira bukan? Tetapi bagaimana jika si dia menganggap perkara sebegitu terlalu drastik? Pasti akhirnya akan berlaku pergaduhan juga.

“Awak macam tak suka je majlis hari jadi tadi?”

“Tak, saya suka je”

Tetapi muka mereka tidak menunjukkan perasaan teruja, pada mereka majlis seperti itu hanyalah membazir sahaja. Walaubagaimanapun di dalam lubuk hati mereka sudah pasti mereka menghargainya cuma ia mengambil sedikit masa untuk menunjukkan perasaan sebegitu. Wanita perlu memahami bahawa lelaki kurang gemar dengan kejutan atau majlis hari jadi yang ‘over’.



Cara-cara mudah untuk menghargai mereka ketika majlis hari jadi…

1. Makan malam.

Paling mudah dan tidak sukar untuk membuat persediaan. Malah si dia pasti lebih suka jika anda memasak makanan kegemaran si dia. Si dia pun pasti tidak membebel bukan?

2. Sentiasa disisi.

Ya, teman sahaja pasangan dimana sahaja mereka berada kerana itu sahaja yang mereka perlukan. Jika dalam keadaan ramai orang, pasti dalam fikiran mereka mahukan anda seorang sahaja ketika itu. Percayalah.



3. Fahami hobi si dia.

Anda tidak mampu untuk memberi mereka hadiah yang mahal, jadi belikan mereka majalah berkenaan barang yang mereka suka seperti kereta, sudah tentu anda tidak mampu untuk membelinya. Selepas itu anda berdua duduk bersama, menelek buku tersebut dan dengar sahaja leteran si dia mengenai kereta, itu sahaja pasti membuat mereka gembira.

Jika mereka suka mengambil gambar, belikan sahaja frame untuk meletak gambar yang diambil oleh mereka. Mudah sahaja.

Cuba lah sekali-sekala anda berfikiran ‘Simple’ seperti lelaki. Jangan overthinking sehingga berfikir diluar kotak. Anda hormat keadaan mereka dan bijak menghargai itu pun sudah memadai.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 527,986 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen