Adakah Anda Atau Pasangan Seorang Yang Ego? Jom Kenali Diri.

 

Setiap manusia mempunyai sisi baik dan sisi buruk masing-masing. Yang penting perlu sama-sama berusaha memperbaiki diri ke arah kebaikan dari masa ke semasa. Tentunya ia memakan masa yang lama untuk memperbaiki diri. Yang penting, perlu usaha dan konsisten untuk berubah. Antara tanda tanda seseorang itu ego adalah:

1. Suka marah.

Pantang salah sikit, semuanya akan disembur. Cepat saja melenting. Yang betul semuanya dia belaka. Yang salah semuanya kita. Hati-hati. Kalau anda ada sifat ini, cepat-cepat istighfar dan segera ambil wudu’ untuk meredakan perasaan marah tersebut.

2. Suka bersaing.

Bersaing untuk melakukan kebaikan tak mengapa. Tetapi apabila bersaing untuk mendapatkan sesuatu, itu yang harus dihindari segera. Dalam masyarakat kita banyak berlaku hal ini. Nak untung lebih, hancurkan bisnes member. Oh no! Jauhkan sifat-sifat macam tu. Tak elok. Lebih baik cari solusi, cari strategi baru untuk tingkatkan sesuatu jualan atau apa saja yang diceburi.

3. Suka memikirkan apa yang dikatakan orang.

Ketahuilah, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Oleh itu, kenapa kita bersusah payah untuk memikirkan apa yang orang kata. Yang penting kita telah melakukan yang terbaik dalam sesuatu hal. Lebih utama kita fikirkan adalah, apakah Allah redha terhadap perlakuan atau tindakan kita.

4. Kedekut.

Payahnya nak hulurkan bantuan kepada orang susah. Tabung sebelah pun susah lagi nak masuk dalam tu. Nak belanja kita, apatah lagi. Jauh. Huh. Bahaya. Ingat, apa yang disimpan bukan hak kita. Yang diberi, itulah hak kita yang sebenar (tersimpan pahala di akhirat).

5. Mementingkan pangkat.

Kan glamour gitu kalau ada pangkat, walaupun kerja tak buat. Eh! Sorry hehehe Apalah sangat pangkat kat dunia ni. Kalau kat akhirat kita tak glamour, tak guna jugakan? Jadi, nak tau seseorang itu ego tak dengan pangkat, bila ada pangkat, dia cool je. Tak berlagak. Tak ada pangkat pun, dia tak mencari penghargaan orang lain.

Jadi, macam mana? Kalau ada pada pasangan, kita sama-samalah nasihat menasihati dengan cara yang baik. Kalau ada pada diri kita, jom sama-sama kita berubah kearah kebaikan. Barulah best hidup berpasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen