6 Pergaduhan Kecil Yang Menjengkelkan Sering Dilakukan Oleh Pasangan Bercinta.

 

Setiap pasangan yang bercinta pasti ada sahaja perkara kecil yang mencetuskan kepada pergaduhan. Pergaduhan kecil ini apabila berulang kali terjadi pasti amat menjengkelkan kerana tiada kesudahan. Jom ketahui antara pergaduhan kecil tersebut…

1. Pergaduhan tentang “Nak makan kat mana eh?”.

Kelihatan tidak serius dan isu yang sangat kecil, tetapi ia sering menjadi persoalan untuk pasangan bercinta malah untuk orang ramai juga. Tetapi berlainan untuk pasangan yang bercinta kerana sebelum berjumpa pasti telah merancang untuk makan di satu tempat, tetapi tidak pasti arah dan jalan ke tempat itu.



Apabila teman lelaki terlepas kedai makan tersebut, teman wanita secara tidak sedar akan menjerit dan meninggikan suara “Alahhh, tengok dah terlepas, tau tak nanti dah ramai orang lepastu kena beratur!”

2. Pergaduhan tentang “Handsome tak pelakon ni?”

Kebiasaan wanita akan melakukan perkara ini kerana inginkan perhatian daripada teman lelaki atau suami mereka. Lelaki sering mendiamkan diri atau “Hmmm…” kepada wanita kerana malas melayan kerenah mereka. Jika lelaki hanya mendiamkan diri, situasi begini pasti membangkitkan pergaduhan.

“Awak ni penting ke dia handsome ke tak? Ish…”



3. Pergaduhan tentang untuk membuang barang yang telah lama tidak digunakan.

Anda melihat ada sahaja barang pasangan yang sudah lama digunakan malah barang tersebut telah rapuh dan koyak. Kejadian ini sering terjadi pada pasangan yang telah berkahwin, sebelum anda mahu membuang barangan tersebut, sekurang-kurangnya berbincang dahulu bersama pasangan. Jangan bertindak melulu sehingga bergaduh.

4. Pergaduhan tentang telefon bimbit.

Telefon bimbit adalah hak privasi seseorang. Jika sahabat baik anda memberi anda untuk memegang telefon bimbit mereka kerana mereka terlalu percaya dan selesa dengan anda, jangan menganggap teman lelaki anda juga sebegitu. Tidak semua orang mempunyai tabiat yang sama. Perkara sebegini pasti tidak selesa bagi sesetengah pihak.



5. Pergaduhan tentang sejuk atau panas.

Pergaduhan yang tidak masuk akal barangkali. Teman lelaki suka keadaan yang suam-suam, teman wanita pula suka dalam keadaan sejuk. Jadi apabila di dalam kereta, suhu yang bagaimana mereka perlukan?

6. Pergaduhan tentang salah tempat meletakkan barang.

Si lelaki tidak suka jika teman wanitanya meletakkan semua barang miliknya di belakang tempat duduk kereta, tetapi wanita mempunyai alasan untuk senang diambil. Sudah pasti lelaki lebih fokus pada keselamatan. Perkara kecil ini juga mampu mencetuskan pergaduhan.

Anda dengan pasangan sering bergaduh tentang apa?



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,591 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen