Kenapa Tidak Berjodoh Dengan Si Dia?

 

Ada orang, bertahun-tahun bahkan ada yang berbelas-belas tahun bercinta. Tetapi, apabila ingin melangsungkan majlis pernikahan, ternyata bukan dengan lelaki atau wanita yang dia cintai dahulu. Itulah jodoh. Ia tidak pernah tersalah alamat, tetapi ia adalah rahsia daripada Allah.

Setia mana kita dan pasangan, lama mana menunggu, merancanglah bagai nak rak sekalipun. Jika bukan si dia jodoh kita, kita hanya perlu redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Usaha itu perlu, tetapi yakinlah, apa yang telah ditetapkan allah untuk kita, itulah yang terbaik.

Segelintir orang, ada juga yang diuji dengan pelbagai kerenah pasangan. Pasangan bertukar silih ganti sebelum datang orang yang tepat untuk menemani hidup. Usah bersedih jika bukan si dia berjodoh dengan anda.

Dalam mencari pasangan hidup, kita perlu mencari yang benar-benar boleh menjaga kita. Memilih lelaki yang bertanggungjawab, memilih wanita yang pandai mengurus suaminya kelak. Bukan hal yang mudah dalam memilih pasangan hidup. Tetapi memerlukan pertimbangan yang baik, agar dipertemukan dengan jodoh yang elok.

Apapun, jika anda sedang bercinta sekarang. Putuskan saja. Putuskan. Kenapa? Carilah lelaki atau wanita yang boleh dijadikan suami atau isteri. Bukan untuk bersuka ria diusia sekarang.

Lelaki, usah mempermainkan hati seorang wanita, kerana mereka mudah jatuh cinta dan sayang kepada seseorang yang dianggap menyanginya. Wanita, jika benar anda ingin suami bukan hanya boyfriend, tanya betul-betul kepada lelaki berkenaan hal perkahwinan dan percepatkan urusan tersebut. Jika tidak, anda telah membuang masa dan akan menyakiti hati orang sekiranya dia mencintai anda.

Sekiranya benar-benar anda ingin memiliki seseorang itu, mintalah dengan pemilik hati terlebih dahulu. Siapa? Iaitu Allah. Kemudian, barulah tanya kepada orang yang anda sukakan itu dengan cara yang sopan dan dianjurkan islam. Samaada bertanya langsung kepada si dia, mahupun terus berjumpa keluarga si dia.

Kalau tak dapat juga dengan cara tersebut, itulah dia dikatakan, “tak ada jodoh.”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,257 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen