Persediaan Lelaki Untuk Berdepan Dengan Perkara Pelik Bakal Isteri Setelah Berkahwin.

 

Bagi lelaki yang mempunyai adik perempuan yang ramai, mungkin mereka sudah mengetahui perkara-perkara pelik yang bakal mereka lalui. Tetapi tidak juga, kerana setiap tabiat perempuan adalah berbeza, lebih-lebih lagi dengan wanita yang lelaki cintai.



Sebelum berkahwin berkemungkinan banyak perkara yang wanita sembunyikan, tetapi setelah berkahwin, bagaimana mahu sembunyi? Bangun pagi sahaja muka suami yang si isteri perlu hadap dahulu.

Jom ketahui perkara-perkara pelik yang bakal anda lalui…

1. Rambut.

Lelaki perlu ketahui tentang perkara ini, apabila memiliki isteri yang bertudung, sudah tentu dimana-mana sahaja akan kelihatan rambut berguguran. Jika isteri anda memiliki rambut yang panjang, jangan terkejut di kamar mandi nanti kelihatan gumpalan rambut yang mengerikan. Bahkan dibantal tidur juga pasti ada sahaja rambut berguguran.



Jadi, jangan di sebabkan perkara kecil ini anda menjadi stress ya! Kutip atau sapu sahaja rambut itu dan buang.

2. Baju tidur.

Sebelum berkahwin si lelaki pasti melihat pakaian yang cantik sahaja dikenakan oleh teman wanita, belum lagi melihat mereka mengenakan baju tidur. Daripada baju tidur pasar malam sehelai RM10 sehingga lah ke baju kelawar. Ini kerana baju ini sahaja yang sangat selesa untuk dikenakan pada waktu malam jika kepanasan.

Jangan lah menganggap kaum wanita memakai baju tidur seperti di dalam drama melayu atau rancangan barat. Jauh sama sekali. Belum lagi dilihat dengan rambut yang kusut masai. Masha Allah. Harap wanita bersedia untuk sentiasa cantik di depan suami kelak.



3. Usai bangun tidur.

Jangan terkejut lihat air liur basi mereka nanti. Wanita itu lah yang anda akan hidup bersama kelak.

4. Masakan.

Jika sebelum berkahwin anda pasti dihidangkan dengan masakan yang dimasak oleh teman wanita bukan? Tetapi anda pernahkah melihat cara bagaimana mereka memasak di dapur? Jangan terkejut jika isteri anda masak dengan keadaan yang bersepah dan tidak pandai mengemas setelah memasak.



5. Senggugut atau PMS (Pre-Menstrual Sindrom).

Sebahagian daripada wanita ada yang mengalami senggugut sehingga mereka tidak boleh berjalan dan menghadapi kekejangan diperut berlanjutan. Mereka hanya mampu terbaring keseorangan dan tiada mood untuk melayan sebarang kerenah orang lain termasuk ahli keluarga sendiri. Hati-hati! Jika mereka tidak pandai mengawal emosi, anda lah sebagai ketua keluarga perlu bijak mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, anda juga akan menyaksikan pemborosan seorang wanita ketika membeli barang mekap dan kosmetik dan yang paling utama bahasa kiasan wanita. “Siapa lagi gemuk, saya atau perempuan tu?”, “Mana lagi cantik? Kuning ke pink?”, “Abang, dah lama kita tak pergi kedai makan tu kan?”….

Hati-hati dalam memberi jawapan, adakah anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami?

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen