Sudah Lama Tidak Berjumpa Pasangan? 4 Tips Untuk Dating Bagi Pasangan Bercinta Jarak Jauh.

 

Pasti anda sedang teruja menghitung waktu menunggu kepulangan si dia di sisi anda bukan? Pasti pelbagai aktiviti yang telah anda rancang untuk lakukan bersama bukan? Jom ikuti panduan untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan dalam dating anda.



1. Tentukan waktu bertemu.

Kesibukan setiap pasangan kadangkala menjadi salah satu perkara yang membuat kita sukar untuk menetapkan waktu untuk bertemu. Cuba berbincang dengan pasangan anda pada masa yang sesuai untuk bertemu. Kali ini, anda boleh memanfaatkan masa percutian anda seperti hujung minggu ataupun cuti awam. Pastikan pasangan anda menghabiskan masa tanpa mengganggu kegiatannya supaya apabila anda bertemu tidak ada beban pemikiran yang mengganggu.

2. Menonton wayang.

Jika semua kali ini anda pergi menonton dengan kawan-kawan anda, maka kali ini menghabiskan masa bersama dia untuk pergi ke pawagam. Cari filem kegemaran anda, seperti filem ringan dengan genre komedi supaya tidak terlalu serius dalam menonton. Nah, namanya juga untuk hiburan. Atau genre filem seram, biasanya genre seram ini boleh membuat pasangan anda lebih dekat. Apa sahaja filem yang anda cuba nikmati.

3. Bersukan bersama.

Tidak salah sekiranya aktiviti ini membantu anda menjaga kesihatan. Sambil-sambil itu boleh anda dan pasangan hirup udara segar setelah sibuk dengan urusan masing-masing. Lakukan aktiviti menunggang basikal, pergi ke gym ataupun berjoging pada waktu pagi pasti mengeratkan lagi hubungan anda.


4. Food hunter.

Anda dan pasangan anda juga pasti sukakan aktiviti ini. Pasti anda ingin mencuba pelbagai makanan bersama pasangan anda bukan? Bukan itu sahaja, ketika ini anda boleh berbual dan berkongsi tentang perkara yang terjadi selama dia tiada di sisi, begitu juga dirinya. Ia akan membuat anda dan dirinya semakin menghargai satu sama lain.

Nah, sebenarnya ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk meluangkan masa bersama pasangan anda. Semoga empat perkara di atas akan membantu anda dan pasangan semakin erat walaupun menjalani hubungan jarak jauh.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,258 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen