5 Tanda Si Dia Bukan Cintakan Anda Tetapi Obsesi Kepada Kamu.

 

Mungkin bagi kamu, dirinya terlalu sayang akan kamu sehingga dia begitu takut kehilangan anda. Itu yang menyebabkan kelakuannya lebih memerhatikan anda. Apabila ditanya mengapa kelakuannya sebegitu, pasti dia akan kata takut kehilangan anda, atau tidak mahu anda dilukai. Sedangkan maksud dirinya berlainan dengan apa yang anda sangkakan. Mari ketahui, adakah dia obsesi terhadap anda atau begitu cintakan anda.



1. Ingin bersama dengan anda ke mana sahaja anda pergi.

Dia merasakan tidak selamat apabila berjauhan dengan anda. itu menjadi perkara biasa apabila setiap pasangan ingin sentiasa bersama, tetapi adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk diri anda sendiri? Jika tidak cuba tanya diri anda semula.

2. Selalu ingin tahu.

Dia kerap menghubungi anda apabila anda tidak membalas kiriman mesejnya. Apa yang ingin dia tahu? Sudah pasti anda bersama dengan siapa, di mana dan sedang lakukan apa. Bukan hanya itu, dia juga minta anda selfie anda di persekitaran anda atau bersama rakan anda. Hal ini kerana dirinya tidak mempercayai anda.

3. Ingin tahu segala password media sosial anda.

Media sosial adalah perkara yang sangat peribadi, namun baginya ia adalah hal yang perlu dikongsi demi mengukur kesetiaan anda. Tetapi dia pula melihat dan membuang rakan-rakan di media sosial anda sekiranya dia tidak menyukainya.


4. Sentiasa manjakan anda.

Dia tidak mahu anda berdikari. Dia mahu anda perlukan dirinya untuk melakukan apa sahaja. Sehinggakan segala urusan anda yang kecil pun dia akan uruskan walaupun anda tidak mintanya berbuat demikian.

5. Mengawal anda.

Anda melihatnya mengawal anda dalam semua benda? Apabila ini yang anda rasakan, ia sememangnya obsesi terhadap anda. Dalam hal ini, dia bebas mengatur kamu sepenuhnya, mual dengan gaya pemakaian anda, hobi yang anda suka, dengan siapa anda berkahwin serta seluruh kegiatan harian anda.

Apabila anda melihatnya begini, adakah anda mahu terus bersamanya lagi? Tetapi jika anda hendak berpisah dengannya, anda seharusnya ambil langkah yang berhati-hati.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen