4 Hadiah Penting Lebih Bernilai Dari Intan Berlian, 'Senjata' Terbaik Eratkan Kasih Suami Isteri.

 

Setiap kali disebut hadiah, gambaran kita adalah wang ringgit, barangan elektrik, barangan kemas yang mana ia berbentuk fizikal. Tujuan pemberian tentulah mahu menunjukkan tanda kasih pada orang yang dicintai. Tahukah anda ada beberapa pemberian atau hadiah tanpa bajet yang bukan sahaja bernilai tetapi lebih menggambarkan betapa sayang dan kasihnya pada pasangan? Hadiah Mendengar Penuh Khusyuk. Hadiah ini merupakan hadiah yang mudah diberi dan diperolehi. Anda hendaklah mendengar apa yang dikatakan dan seelok-eloknya jangan mencelah ketika pasangan berbicara. Mendengar dengan penuh khusyuk adalah satu hadiah yang dapat menjaga hati pasangan secara peribadi



1. Hadiah sentuhan.

Hadiah ini lebih istimewa kerana ia lebih membabitkan sentuhan di mana sentuhan memainkan peranan penting dalam merapatkan satu-satu hubungan. Jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan terhadap pasangan anda kerana perbuatan sekecil ini mampu menunjukkan kasih sayang yang tersurat

2. Hadiah sehelai nota cinta.

Berikan nota ringkas seperti 'Saya sayang awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi dan letakkan ia di tempat yang tidak disangka oleh pasangan kita seperti di poket baju, depan cermin keret atau di dalam kasut. Ia adalah cara terbaik unutk menunjukkan kasih sayang anda pada pasangan masing-masing terutama bagi yang sibuk bekerja dan kurang masa bersama. Nota kecil yang mempunyai makna yang besar ini secara tidak langsung memberi semangat dan pengertian bahawa anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Tidakkah itu hadiah yang paling mudah dilakukan?



3. Hadiah puji-pujian.

Puji-pujian merupakan sau perkara yang sangat senang diberi tetapi jarang dilakukan. Tidak biasa adalah antara alasan yang diberi oleh suami dan isteri yang amat sukar memuji pasangannya. Cuba praktikkannya sekarang dan lama-kelamaan ia akan menjadi amalan dan kebiasaan anda. Contohnya, pasangan anda memakai baju biru dan anda mengatakan 'Baju biru ini sesuai sekali untuk awak'. Pujian ini walaupun tidak mengapa jika tidak diucapkan akan tetapi ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada orang yang anda sayang

4. Hadiah doa.

Ini adalah hadiah yang paling penting dan bernilai daripada hadiah-hadiah yang lain. Doa adalah sesuatu yang bersifat spiritual dan tidak boleh diukur dengan mana-mana nilai sekalipun. Sama ada suami atau isteri, berdoalah demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga yang dibina selama ini. Semua hadiah yang percuma sahaja kan? Mulakanlah langkah anda memberikan hadiah percuma dan tanpa bajet ini kepada pasangan masing-masing. Janganlah malu atau berasa segan walaupun pertama kali melakukannya. Ini kerana semuanya adalah untuk kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga anda juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,818 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen