Uji Dulu Calon Pasangan Anda Dengan Melakukan Hal Ini.

 

Mencari calon suami mahupun isteri di zaman sekarang bukan hal yang mudah. Untuk buat kawan okey, tapi nak buat pasangan suami isteri, itu perlu difikirkan lebih jauh. Banyak hal yang perlu dititikberatkan dalam membuat keputusan.



Antara teknik yang boleh dilakukan untuk mengetahui adakah dia layak dijadikan suami mahupun isteri, ikuti langkah ini.

  • Lelaki:

    Cuba sesekali buat si dia marah. Lelaki rata-rata mempunyai ego yang tinggi. Mudah naik angin jika ada sesuatu perkara tidak kena. Lebih-lebih lagi jika ada wanita membantah apa yang mereka katakan. Sekiranya lelaki tersebut mampu mengatasi masalah tersebut dengan tenang dan bersikap positif, insyaAllah dia mampu jadi suami yang baik kelak.
  • Wanita:

Wanita memang terkenal dengan sifat degil. Orang tegur, dia buat lagi nanti. Ish. Kadang-kadang sakit hati. Haaa.. Time inilah nak uji dia boleh tak ikut arahan kau. Kalau dia dapat melaksanakan dengan baik dan konsisten mengikut arahan itu, kelak bila dia jadi isteri kau, mudah-mudahan dia juga mampu untuk turut arahan kau.



Okey. Tips tambahan. Kalau dia cinta kat kau, memang lautan pun sanggup dia redah kan? Jadi minta tolong sesiapa uji dia. Kau perhati saja dari jauh apa reaksi pasangan kau jika dia diuji. Kalau mampu dia atasi dengan baik. Maka, bersyukurlah kau. Kalau tak mampu, kau buatlah apa yang patut. Nasihat terlebih dahulu, tunjuk sikap yang baik kepada si dia, berdoa agar dia dapat menjadi orang yang lebih baik.

Kemudian barulah boleh kau buat keputusan samaada untuk bersama dengan si dia, ataupun sebaliknya. bercinta sebelum nikah memang mudah, tapi untuk bercinta setelah nikah itu sedikit payah jika kita tidak membuat keputusan yang tepat. kalau silap langkah, maka padah akan menimpa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen