5 Reaksi Lelaki Apabila Berjumpa Dengan Wanita Cantik.

 

Tahukah anda, lelaki akan berubah apabila melihat wanita cantik lalu di hadapannya. Orang lelaki biasanya akan lebih tertarik dengan sesuatu yang indah melalui pandangan secara kasar. Mari ketahui apa tingkah laku orang lelaki apabila melihat wanita cantik lalu di hadapannya. Jom ketahui.



1. Curi-curi pandang.

Walaupun mereka berpaling muka ke arah lain, tetapi dalam diam matanya akan tertumpu ke arah anda. Mereka akan cuba melihat apa yang sedang anda lakukan dengan berpura-pura tidak melihat anda. Tingkah laku mereka ini konon bersahaja, tetapi mudah sahaja untuk ditangkap.

2. Menjadi orang yang mesra.

Untuk menunjukkan minatnya terhadap anda, mereka ini akan jadi begitu mesra dan perihatin terhadap anda. Mereka akan tiba-tiba menghulurkan bantuan dan mengajak anda untuk berbual bersama mereka.

3. Berlagak cool.

Apabila tahu akan kehadiran wanita cantik, mereka ini akan berpura-pura tidak berminat dan mengetahui akan kehadiran anda. Mereka tidak memberikan senyuman yang manis pada anda. Malah mereka juga sengaja buat anda tidak wujud di hadapannya.


4. Mula mencari perhatian.

Ada juga lelaki yang akan menunjukkan minat mereka secara terus terhadap wanita ini. Mereka akan mencuri tumpuan wanita tersebut sehingga wanita terbabit perasan akan kehadirannya. Bukan itu sahaja, mereka kerap kali menggunakan taktik yang bersahaja yang membuat wanita tersebut malu sendiri.

5. Menyapa dengan soalan yang tidak logik.

Apa soalan-soalan yang tidak logik itu? Mereka akan tanya sekiranya pernah melihat anda ataupun anda adalah kenalannya. Sedangkan anda baru sahaja menjumpainya. Ini sebenarnya soalan perangkap untuk membuat anda berbual dengan dirinya.

Pasti anda pernah melihat lelaki yang berkelakuan seperti ini bukan. Boleh jadi juga mereka akan melakukan perbuatan ini di hadapan pasangannya. Jadi hati-hati.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen