Bukan Hanya ‘I Love You’ Sahaja Menandakan Mereka Sayang Pada Anda, 5 Kata Lain Yang Menunjukkan Dirinya Cintakan Anda.

 

Pasti setiap orang mengharapkan pasangan mereka menyatakan ‘I Love You’ hanya untuk membuktikan cinta dan sayang mereka. Bagi mereka yang mempunyai ego tinggi, perkataan itu terlalu mahal buat mereka. Mereka akan menggunakan kata-kata lain untuk membuktikan kasih sayang mereka itu. Berikut adalah kata-kata selain ‘I Love You’ yang anda perlu ketahui.



1. “Kalau ada masalah, cerita sahaja lah. Saya sedia mendengar.”

Jika dia terlalu menyukai dan mencintai anda, dia pasti cuba memberi sepenuh perhatian kepada pasangannya. Mereka mahu berkongsi masalah bersama dengan anda. Mereka juga mahukan anda percaya akan dirinya dalam berkongsi rahsia dan masalah.

2. “Jaga kesihatan jangan sampai jatuh sakit.”

Mungkin anda beranggapan ini adalah pesanan yang biasa, tetapi sebenarnya ia adalah satu kata-kata yang menunjukkan bahawa anda sangat penting kepada dirinya. Dia adalah orang yang sentiasa bimbang akan keadaan anda, terutama apabila anda jatuh sakit dan tidak tersenyum dengan riang di hadapannya.

3. “Saya gembira berjumpa dengan awak.”

Apabila dia menyatakan rasa hatinya yang bahagia dan gembira itu, ia sudah menandakan bahawa anda mampu menceriakan harinya. Bukan itu sahaja, dirinya juga beranggapan melihat wajah anda ia sudah mampu menghilangkan segala masalah yang dihadapinya.


4. “Saya tak sangka senyum anda paling manis yang saya penah lihat.”

Ini menandakan si dia sudah gila bayang terhadap anda. Mahu taknya, dia merasakan senyuman anda paling manis sekali yang pernah dia lihat. Malah, senyuman anda mampu membuat dirinya tersenyum sendirian.

5. “Saya mahukan anda, bukan yang lain.”

Kata-kata ini menunjukkan dirinya amat mencintai anda. Dirinya juga memerlukan anda untuk membuat hari-harinya ceria. Dia juga beranggapan, tidak da siapa yang mampu menggantikan diri anda di dalam hatinya.

Jangan mudah terasa hati apabila si dia tidak menyatakan I love you, tetapi perhatikan lah setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya. Ia pasti kata-kata yang menyatakan dirinya sayang akan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen