5 Tips Bulan Madu Bajet Kos. Walau Dalam Negara Pun Masih Boleh Enjoy, Asal Tahu Tekniknya!

 

Ada yang merancang untuk mendirikan rumah tangga Syawal nanti? Sesetengah pasangan adik-beradik duduk jauh, kesempatan cuti raya akan digunakan merancang majlis perkahwinan. Mudah! Dapatlah mereka berkumpul tanpa perlu menetapkan satu tarikh yang rumit untuk ditepati semua orang. Bagi bakal pasangan pengantin baru, tak salah anda fikirkan awal-awal honeymoon bajet ikut situasi semasa. Tak perlu sampai ke luar negara, bilang baki cuti yang ada memadai dengan berkunjung ke tempat-tempat romantis yang ada di Malaysia.



1. Panduan boleh praktik.

Nak Pergi Berduakan, Jadi.. Berbincanglah!
Bukankah nak pergi berdua, jadi anda kenalah ambil kira pandangan si dia. Anda mesti sudah tahu apa yang anda mahu. Jadi sekarang, hanya perlu tanya pasangan anda pula tentang apa yang dia mahu. Dengan bajet yang ada, apakah destinasi-destinasi yang mungkin anda lawati. Dari situ, anda boleh sama-sama merancang percutian pertama sebagai suami isteri ini.



2. Sabah pun romantis juga.

Sebelum majlis lagi, anda dah boleh pertimbangkan beberapa destinasi yang mungkin masuk dalam bajet anda. Antara destinasi bajet yang popular untuk bulan madu termasuklah pulau-pulau di sekitar Sabah. Bila dah tahu destinasi yang nak dituju, anda dah boleh buat 'research' tentang tempat itu nanti. Jadi awal-awal lagi anda dah boleh buat persediaan tentang pengangkutan, makanan, bajet, tempat-tempat menarik yang nak dituju dan sebagainya.

3. Rajin-rajinlah google/ recce destinasi.

Tidak salah untuk merancang bulan madu anda di dalam negara sendiri dahulu dengan bercuti ke destinasi tanah tinggi, pulau-pulau yang menakjubkan dan pantai yang indah. Sentiasa rujuk majalah percutian dan melayari laman Internet untuk mendapatkan idea-idea untuk percutian bulan madu yang bakal tiba nanti.



4. Tiket harga diskaun tu penting.

Di masa kini, ada banyak syarikat penerbangan yang menyediakan diskaun untuk tiket atau pakej-paket percutian pada harga diskaun, terutama sekali jika anda rancang percutian dari awal dan tempat tiket beberapa bulan sebelum percutian anda.

5. Mulut kena manis.

Semasa anda 'check-in' untuk penerbangan dan hotel nanti, ringankan mulut untuk beritahu mereka yang anda sedang berbulan madu. Mana tahu, kalau ada tempat kosong, tiket atau bilik anda akan di 'upgrade' secara percuma. Atau mungkin pihak hotel akan hadiahkan anda berdua 'candle light dinner' sebagai hadiah perkahwinan anda. Tak cuba tak tahu, kan?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,939 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen