5 Perkara Ini Jangan Abaikan Terhadap Orang Tuamu Meskipun Kamu Telah Bernikah. Khas Untuk Wanita.

 

Seorang anak perempuan perlu mentaati ibu bapa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak walaupun dia telah berkahwin. Berikut adalah lima tanggungjawab anak perempuan yang harus dilakukan terhadap ibu bapanya selepas berkahwin.

1. Tetap berbakti kepada ibu bapa.

Walaupun sudah berkahwin, seorang wanita muslimah hendaklah sentiasa mentaati dan berbakti kepada ibu bapanya. Ramai yang telah melupakan ibu bapanya selepas berkahwin kerana menyangkakan tanggungjawabnya hanya untuk suami, sedangkan ibu bapa tetap perlu dihormati dan disayangi sebagaimana pengorbanan mereka dalam mendidik kita.



2. Membantu kehidupan ibu bapa.

Orang tua lebih mudah jatuh sakit dan ketika inilah, mereka lebih memerlukan kita sebagai anak untuk membantu mereka. Mereka juga tidak berdaya lagi untuk bekerja. Salah satu cara yang dapat kita lakukan adalah dengan memberikan wang.

3. Mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa.

Walaupun sudah berkahwin, anak-anak perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan ibu bapa sekalipun sibuk menguruskan keluarganya. Sentiasalah menziarahi mereka didik anak-anak kita untuk menyayangi mereka.



4. Tidak bergantung kepada ibu bapa dan menyusahkan mereka.

Seorang anak perempuan yang belum berkahwin atau bekerja, masih berada di bawah tanggungan bapanya. Oleh itu, setelah berkahwin, kita harus membantu meringankan beban mereka di hari tua.

5. Melayani mereka di usia tua.

Jangan abaikan tanggungjawab ini terutama selepas berkahwin. Walaupun tidak dapat meluangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya hubungi mereka untuk bertanya khabar dan yang penting, sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Sebagai seorang anak, kita bukan sahaja mendapat pahala kerana berbakti kepada ibu bapa, tetapi kita juga dapat membahagiakan mereka. Terima kasih ibu ayah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,424 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen