Ciri-ciri Calon Menantu Lelaki Terbaik.

 

Setiap wanita menimpikan lelaki yang baik, memahami, bertanggungjawab, setia. Tetapi, ramai yang terlupa dengan salah catu ciri yang perlu setiap wanita cari dalam membuat pemilihan untuk dijadikan suami. Ia adalah penting. Jika diabaikan, kemungkinan besar, anda dan keluarga akan diabaikan kelak. Sudah pastinya kita tidak mahu bukan?

Antara salah satu ciri-ciri calon menantu yang perlu ada pada seorang lelaki adalah mereka tidak meninggalkan solat subuh bahkan mampu mendirikan solat subuh secara konsisten berjemaah di masjid.



Biarpun tidak bergelar ustaz atau pelajar agama, tetapi jika dia dapat melakukan hal demikian, mereka sebenarnya sedang mencerminkan peribadinya. Iaitu seorang yang taat kepada agama. Dengan itu barulah dia dapat membimbing pasangannya ke syurga kan?

Lelaki yang mampu solat subuh berjemaah di masjid juga insyaAllah dapat melawan hawa nafsu. Kau bayangkanlah. Untuk solat subuh bukan mudah nak bangun kan? Kalau dia dapat lawan keinginan untuk tidur, bangun untuk solat di masjid, tu memang hebat. Luar biasa.



Tapi, kalau mahu juga lelaki yang ala-ala korea, romantik, silakan. Apapun, jangan menyesal nanti jika lelaki tu tidak bertanggungjawab, bersikap kasar terhadap kau nanti. Orang dulu-dulu kata, “sediakan payung sebelum hujan.” Jangan sampai “sudah terhantuk, baru tengadah.”

Kalau tak dapat yang mampu solat berjemaah sekalipun, yang masih dapat menjaga solat pun kira okeylah. Yang tak jaga solat, itu kena hati-hati. Kalau sayang, kau nasihatlah dia baik-baik sebelum nak bertunang. Kalau tak, memang payah nanti.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,308 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen