Sebelum Menjadi Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Persediaan Mental Dan Fizikal (Bahagian 1)

 

Sebagai wanita yang hidup pada zaman millennial ini, ada sahaja sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap malah bergaji kecil atau tidak stabil. Jadi pada wanita diluar sana, apabila anda telah mempunyai teman lelaki dan berjanji untuk hidup bersama, haruslah diingatkan bukan aspek kewangan sahaja perlu stabil, malah anda perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental juga.



JADI, DARI SEGI ASPEK YANG BAGAIMANA SEORANG WANITA HARUS PERSIAPKAN DIRI UNTUK FIZIKAL DAN MENTAL?

1. Mempunyai pendapatan sendiri malah duit simpanan.

Dalam kehidupan realiti sekarang, tidak semua orang mempunyai pekerjaan tetap malah berjawatan tinggi. Sebahagian daripada mereka telah bertemu dengan pasangan tetapi masih belum mempunyai simpanan, oleh itu anda harus memiliki kondisi kewangan yang stabil dan mempunyai perancangan. Dizaman sekarang, wanita jangan terlalu berharap pada si suami secara total kerana khuatir akan membangkitkan babak-babak menyayat hati seperti isteri TERPAKSA menanggung si suami tanpa ikhlas.

Kadang-kala sikap kita akan berubah setelah berkahwin tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Sebelum berkahwin janji sama-sama untuk rintangi kehidupan susah senang, tetapi setelah berkahwin, kata-kata manis tersebut hanya tinggal kenangan.

Itu lah lumrah kehidupan.



2. Cuba tinggal sendirian.

Pada wanita yang sudah memiliki kerjaya, cuba untuk tinggal dirumah sewa dengan rakan-rakan sekerja. Ini untuk memastikan anda boleh hidup berdikari mencari rezeki tanpa tanggungan ibu bapa. Sekiranya anda lulus hidup berdikari, pandai menjaga diri, ia secara perlahan-lahan akan membuatkan ibu bapa anda percaya pada anda. Kepercayaan dan keberkatan daripada ibu bapa adalah sangat penting untuk menamatkan zaman bujang.

Jika ibu bapa sendiri tidak percaya anda mampu untuk hidup bersendirian, bagaimana mereka mahu percaya anda bakal menjaga suami kelak? Jaga diri sendiri pun masih ditanggung oleh ibu bapa, ini kan pula mahu menguruskan suami. Situasi sebegini sudah tentu akan membuatkan anda menjadi lebih matang mengharungi kehidupan, jadi setelah berkahwin anda tidak akan merasa kekok tanpa ibu bapa.



3. Penjagaan diri.

Kali ini anda perlu benar-benar serius dalam penjagaan diri daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Persediaan ini bukan sahaja anda perlu mulakan setelah berkahwin, tetapi sepatutnya BERMULA DARIPADA SEBELUM BERKAHWIN sehingga ke alam perkahwinan.

Pertama gigi;

Anda merasakan gigi anda kekuningan dan tidak cantik. Jadi, rajinkan diri anda pergi ke dentist untuk lakukan scaling atau memutihkan gigi untuk bakal suami anda juga. Jika anda merasakan untuk memakai pendakap gigi, terpulang kepada individu kerana tidak ramai mengenakan pendakap gigi semasa majlis perkahwinan.



Kedua bentuk badan;

Jangan lah terlalu kurus, dan jangan pula terlalu berisi. Cukup untuk bakal suami sedap memandang. Jika anda merasakan dengan badan yang kurus dapat meningkatkan keyakinan anda untuk memakai baju persalinan pada majlis kelak, terpulang. Pada majlis perkahwinan anda kelak, anda sendiri yang akan harungi didalam baju persalinan tersebut, jadi ikut lah kesesuaian badan sendiri. Jangan terlalu memaksa.

Ketiga rambut;

Walaupun anda bertudung, harus diingatkan rambut itu adalah mahkota seorang wanita. Mahkota ini adalah salah satu perkara yang bakal menawan bakal suami anda kelak. Rajinkan diri untuk membuat penjagaan rambut, jangan sampai berkerak.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen