Barang Hantaran. Adakah Perlu Di Zaman Sekarang?

 

Di zaman yang semakin maju dan membangun sekarang ini, kadang kala menyebabkan sesuatu adat atau kebiasaan ditinggalkan mengikut keperluan dan mengutamakan yang lebih penting pada ketika itu. Hantaran. Ia adalah adat yang telah digunakan semenjak zaman dahulu. Tetapi di dalam Islam, kita tidak langsung dianjurkan untuk melaksanakan hal tersebut.



Oleh itu, adakah masih releven untuk dilakukan sekarang? Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, barang hantaran bermaksud, barang –barang seperti pakaian, makanan yang berupa hadiah yang di bawa bersama wang hantaran oleh pihak lelaki untuk pengantin perempuan. Begitu juga sebaliknya wanita turut membalas hantaran.

Mengikut kebiasaan, barang hantaran akan berbalas dengan angka ganjil, dan pihak perempuan membalas lebih daripada pihak lelaki. Misalnya, pihak lelaki memberi barang hantaran sebanyak lima jenis barang yang berbeza, pihak perempuan akan memberi tujuh barang hantaran.


Pandangan penulis sendiri, barang hantaran ini adalah hadiah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga. Apabila ada orang bagi hadiah untuk kita atau keluarga kita, apa yang kita rasa? Sudah pastinya kita gembira kan? Begitu jugalah konsep hantaran. Lebih bagus jika hantaran tersebut mempunyai barangan peribadi pihak lelaki atau perempuan dan diselitkan juga makanan atau keperluan lain untuk diberikan kepada keluarga pasangan.

Apapun, ikut kemampuan dan keperluan. Jangan asal ikut trend saja. Tengok-tengok, barang tersebut langsung tak digunakan. Bukankah membazir tu? Sebagaimana yang kita tahu dan sedia maklum, apabila baru mendirikan rumah tangga, pastinya sebahagian pasangan didalam dilema untuk membeli keperluan rumah. Sedang barang tersebut sangat penting dan perlu ada apabila masuk ke rumah baru.


Jadi, apa salahnya jika barang hantaran tersebut ditukar kepada barang keperluan di rumah. Kan lebih baik. Pihak lelaki bagi set meja makan, pihak wanita bagi mesin basuh. Syok juga tu. Barulah best masuk rumah baru, keperluan dah ada.

Kalau tak bagi apa-apa boleh? Boleh saja. Barang hantaran adalah adat, bukan tuntutan dalam agama Islam. Kalau ada yang membantah, bincang elok-elok dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa yang menentang. Apapun, buat keputusan yang terbaik dan bermanfaat untuk kedua-dua belah pihak. Anda kan pasangan bijak.cool

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,545 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen