Bagaimana Mahu Berdepan Dengan Teman Wanita Yang Sering Heboh Masalah Di Sosial Media?

 

Lelaki apabila bercinta sering merungut dengan tabiat teman wanita mereka. Tetapi mereka sedaya upaya untuk menerima tabiat buruk teman wanitanya hanya kerana cinta dan sayang.

Apabila teman wanita sering melempiaskan segala marah, emosi atau boleh dikatakan meroyan, lelaki menjadi bertambah serabut. Jika yang bernasib baik memiliki teman lelaki yang matang, pasti konflik tidak akan berlanjutan. Jika tidak? Bye-Bye.



Jom ketahui untuk mengatasi masalah ini…

1. Memberi respon.

Apabila teman wanita anda mula meroyan dan sentiasa merungut di sosial media, tidak salah jika anda memberi respon diruangan komen tersebut. Tidak perlu membalas dengan amarah juga, itu tandanya anda juga tidak matang, balas sahaja dengan emoji yang positif seperti senyum atau gambar bunga.

Cuba lihat reaksi mereka. Jika anda hanya berdiam diri sahaja, pasti mereka akan merasakan tiada siapa yang mahu memberikan mereka perhatian, malah menjadi lebih meroyan, sentap dan sedih.



2. Nasihat dengan berhemah.

Lelaki perlu tahu, jika anda memiliki teman wanita yang gemar hebahkan masalah di sosial media, mereka ini berjiwa TERLALU SENSITIF dan gemar menggunakan EMOSI untuk menyelesaikan segela perbalahan. Bagi mereka tiada siapa yang dapat memahami perasaan mereka ketika sedih, oleh kerana itu sosial media menjadi medium luahan perasaan.

Jadi, jika anda tidak mahu memberi respon atau komen pada post tersebut whatsapp sahaja mereka. atau lebih mudah hubungi sahaja mereka. Jika wanita garang sangat seperti singa ungkap sahaja ‘I Love You’ pada post berkenaan. Pasti malu dirinya apabila ramai yang membaca.



3. Respon yang nakal.

Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang ‘sindir-sindir manja’. Mungkin ia kelihatan seperti anda pasangan yang sweet.

Anda juga perlu matang dan jangan biarkan orang luar tahu keburukan pasangan di sosial media, terutamanya apabila telah berkahwin.

4. Jangan tertekan.

Ingat, perbezaan lelaki dan wanita adalah tahap rasional mereka. Jika lelaki juga bersikap seperti wanita, mudah tertekan hanya perkara kecil, jadi siapa yang perlu memujuk siapa? Masing-masing dengan ego sendiri. Hanya membiarkan konflik berlarutan tanpa penyelesaian. Anggap sahaja post itu sebagai terapi seorang wanita untuk menghilangkan stress dan bosan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen