Panduan Untuk Mengelakkan Diri Daripada Wanita Mata Duitan.

 

Ramai wanita pada masa ini lebih memandang wang ringgit pasangannya. bukan hanya sekadar memandang, tetapi ramai sahaja wanita masa kini lebih bersikap materialistik. Di mana mereka berharap teman lelaki mereka ini mempunyai kerja yang hebat serta wang yang banyak. Bukan setakat itu sahaja, menaiki kereta yang diimport dari luar negara juga menjadi kesukaan mereka. Sebagai seorang lelaki, anda seharusnya berwaspada dengan wanita seperti ini. Berikut adalah beberapa cara untuk mengelakkan diri daripada wanita mata duitan.



1. Jangan percaya pada pujuk rayuannya.

Lelaki biasanya lebih mudah cair dengan rayuan dan sikap manja wanita. Maka dengan itu, anda seharusnya jangan pernah percaya dengan kata-kata rayuan yang diberikan kepada anda. Sekiranya anda percaya sekali, ia akan membuatkan anda terus percaya kepadanya hingga ia memudaratkan anda sendiri.

2. Jangan terlalu bermurah hati.

Mungkin bagi anda tidak mengapa sekiranya hanya sedikit wang sahaja diberikan kepada pasangan anda. Apabila anda mula melakukan ini, wanita terbabit akan meminta dengan lebih kerap. Hal ini kerana anda yang terlalu lembut apabila berhadapan dengan mereka.

3. Jangan terlalu mudah menunjuk wang yang anda ada.

Apabila anda terlalu menunjuk wang serta kemewahan yang anda miliki, sudah pasti wanita-wanita yang mata duitan ini akan mendekati anda. Jangan apa kata anda lebih hidup dalam kesederhanaan.


4. Putuskan hubungan dengannya.

Apabila anda telah melihat tingkah lakunya yang begitu mementingkan wang, jadi anda perlulah menjauhkan diri anda dengan kadar segera. Sekiranya tidak berbuat demikian dengan cepat, ia akan membuatkan anda lebih tersepit pada masa akan datang.

5. Berani untuk katakan tidak.

Seseorang yang berani mengatakan tidak terhadap sesuatu perkara yang tidak disukai pasti seorang yang bijak. Hal ini kerana, dirinya tahu, jika dia menerima sesuatu dengan menyatakan ye, itu hanya akan memberikan kesan buruk kepadanya pada masa hadapan.

Anda seharusnya bijak dalam menangani wanita seperti ini. Jika anda hanya menurut segala kemahuan dan katanya, ia pasti akan membawa masalah kepada anda satu hari nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen