Wahai wanita, Lakukan 6 Perkara Ini Apabila Si Dia Sakitkan Hati Dan Perasaan Anda.

 

Mengapa wanita? Ini kerana wanita menganggap lelaki akan memahami perasaan mereka jika mereka hanya mendiamkan diri. Hati dan perasaan yang merajuk pasti ingin dipujuk, tetapi mereka tetap mendiamkan diri dan menyatakan dirinya normal seperti biasa.

Tetapi selepas itu mengungkit, kenapa tidak memujuk mereka? Sudah tentu lelaki akan bingung.



Jadi, lakukan 6 perkara ini supaya teman lelaki atau suami anda mengetahui hal yang sebenar tanpa berselindung..

1. Beritahu si dia hal yang sebenar.

Jika si dia sengaja atau tidak sengaja menyakiti hati anda, jangan lah anda berdiam diri seribu bahasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jadi ini lah masanya anda perlu memberitahu mereka hal sebenar. Jika dibiarkan dia sendiri tidak akan menyedarinya. Ini masa terbaik untuk anda jujur dengan dia, beritahu dia dan bagaimana dia lakukannya.

2. Beri masa pada dia untuk minta maaf.

Anda sepatutnya memberi si dia masa untuk meminta maaf dan jangan mendesak. Ini kerana, jika anda terlalu mendesak si dia untuk meminta maaf secara cepat, khuatir dia tidak ikhlas maafkan anda.



3. Terangkan pada si dia kenapa anda rasa disakiti.

Kebiasaannya lelaki mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan wanita. Kadang-kadang si dia boleh menyakiti perasaan anda tetapi tidak memahami kenapa, apa yang dikatanya atau apa yang dilakukan. Dalam keadaan ini, anda perlu menjelaskan mengapa anda cedera dan bagaimana ia membuat anda rasa sebegitu. Ini boleh membantu menjernihkan kekeliruan anda berdua.

4. Beri si dia peluang untuk berfikir.

Ada kalanya pasangan anda boleh menyakiti perasaan anda tetapi tidak bersedia untuk memahami atau meminta maaf. Jika ini berlaku maka anda perlu beri sedikit masa untuk dia berfikir. Beri dia ruang untuk bersendirian dan fikir bagi membetulkan keadaan.



5. Dengar penjelasan darinya.

Setelah memberi mereka peluang untuk berfikir dan meminta maaf, dengar lah penjelasan daripada mulutnya dari awal hingga akhir tanpa menyampuk. Jangan membuat keputusan sendiri tanpa mendengar penjelasan si dia. Ia akan membangkitkan salah faham antara kalian berdua.

6. Nilai hubungan anda.

Jika anda bersama dengan pasangan yang asyik buat silap dan sakitkan perasaan anda, mungkin ini masanya anda menilai hubungan tersebut. Mungkin sekali dua masih boleh diterima, tetapi jika terlalu kerap pasti ada sesuatu yang disemnuyikan. Malah lebih teruk, jika si dia memberi alasan tidak sengaja. Hati-Hati!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,496 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen