Jodoh Adalah Cerminan Diri Kita.

 

“Kau nak lelaki yang macam mana ni? Semua kau reject…”

“Aku nak yang beriman tinggi, rajin pergi masjid, rajin mengaji, yang dapat pimpin aku ke syurga, yelah kau tau kan aku macam mana? Solat pun asyik tertinggal, nak bukak Al-Qur’an pun….hmmm. Kalau boleh nak lelaki macam ayah aku la”

“Ooooo….mak kau cantik kan, bertuah kau cantik macam dia..”

“Yela, mak aku cantik, rajin, selalu ajar anak buah, anak-anak kawan dia mengaji. Kadang-kadang selalu ikut ayah aku pergi masjid, sebab tu ayah aku sayang..”

“Kau tu, kenapa tak jadi macam mak kau?”

“Erkkk…nanti-nanti lah ye…aku muda lagi kot..”

Mudah. Jika diri sendiri pun sukar untuk berubah ke arah kebaikan, bagaimana untuk menjemput jodoh yang baik seperti dialog di atas. Sebagai manusia biasa yang diberi akal fikiran oleh Allah SWT, kita harus redha bahawa jodoh adalah cermin diri kita sendiri.

Jika diri kita sendiri sukar mengubah dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada, sentiasa negatif, sentiasa bersangka buruk pada orang lain, malah terlalu selesa dengan keadaan diri sendiri yang langsung tiada kemajuan, sudah tentu orang keliling yang melihat juga dengan pandangan negatif.

Ini kerana tiadanya aura positif di dalam diri untuk menarik orang luar untuk melihat.

Jaga lah diri sendiri dahulu seperti mana demi menjaga solat, akhlak, aurat dan batas pergaulan jika inginkan jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Ini kan tidak, mahu orang dari golongan yang baik, tapi diri sendiri malas ke masjid, tidak menyentuh Al-qur’an, malah selalu pula menjejakkan kaki ke tempat yang tidak sepatutnya.

Bagaimana mahu berjumpa dengan orang yang baik-baik?

Jika kita sering menangguh diri kita sendiri untuk berubah, maka tertangguh juga lah jodoh untuk sampai. Tetapi seandainya kita sedang memperbaiki diri ke arah kebaikan, Insya Allah jodoh kita juga sedang berusaha untuk berubah. Kalau nak jodoh yang baik, kita juga kena berubah jadi lebih baik. Bila tiba masanya, jodoh pasti akan tiba. Tidak pernah cepat dan tidak pernah lambat.

Dan yang penting, jangan lah kita mencari yang terlalu sempurna. Sempurna itu hanya sifat Allah SWT sahaja dan tiada pada yang lain. Terima lah seseorang jika tidak sempurna sifatnya kerana kekurangan itu dilengkapi. Kelebihan itu disyukuri.

Jika Allah SWT temukan jodoh luarannya seperti yang kita inginkan, tetapi sifat dalaman yang bertentangan, maka terima dia dengan seadanya kerana ia adalah untuk melengkapi kehidupan kita, si dia lah yang bakal menyempurnakan hari-hari suram kita.

DUGAAN BERKAHWIN INI BESAR, JADI PERBAIKI DIRI DAHULU.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen