Tangani Masalah Cemburu Buta Anda Sebelum Menjadi Parah, Ikuti Langkah Ini.

 

Sifat cemburu itu akan dimiliki sesiapa sahaja yang sayang akan hubungannya. Namun, jika sifat cemburu yang berlebihan itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada hubungan anda. Mungkin bagi anda ia adalah perkara yang biasa, tetapi bagaiman pula dengan pasangan anda? Mari tangani sifat cemburu anda.



1. Cuba memahaminya.

Cuba anda berada di tempat pasangan anda. Pasti anda akan berasa rimas dengan tindakan pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda akan lebih banyak terdedah kepada penipuan kerana untuk menyelamatkan diri. Ia buat pasangan anda tersepit.

2. Cuba untuk mendekati keluarga dan rakan-rakan pasangan.

Apa kata anda ambil langkah untuk mendekati seseiapa yang rapat dengan pasangan anda. Maka dengan itu, anda akan lebih mempercayai pasangan anda apabila untuk berjauhan dengannya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengorek rahsia dari orang terdekatnya.

3. Hadapi ketakutan anda.

Cemburu buta ini hadir kerana anda takut akan kehilangan pasangan anda bukan? Cuba buang rasa takut itu dan berani berdepan dengan kenyataan dan kasih sayang pasangan anda. Semakin anda takut dia tinggalkan anda, makin kuat perkara itu berlaku ke atas anda.


4. Berterus terang sahaja.

Apa kata anda mula jujur dengan pasangan mengapa anda terlalu cemburu buta. Bukan itu sahaja, minta dirinya untuk menyelesaikan masalah terbabit bersama-sama. Pasti dia akan membantu anda kerana sayang akan anda.

5. Sibukkan diri.

Mungkin anda terlalu memikirkan akan dirinya, sebab itu pelbagai perkara muncul dalam fikiran anda. Apa kata anda sibukkan diri anda dengan pelbagai rutian yang berfaedah. Anda juga boleh meminta darinya untuk membantu anda melaksanakan rutin tersebut.

Rasa cemburu itu perlu anda dalam hubungan, tetapi ia bukanlah yang kertelaluan. Mungkin anda perlu kurangkan sedikit rasa semburu itu demi kesejahteraan hubungan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 346,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen